BAUCER BUKU TAK BOLEH BELI KALKULATOR.

Hari ni ada terbaca tentang masyarakat kecam pelajar yang bertanya Mood Republik boleh buat penebusan baucer buku atau tidak. Memang l...



Hari ni ada terbaca tentang masyarakat kecam pelajar yang bertanya Mood Republik boleh buat penebusan baucer buku atau tidak. Memang lah masyarakat akan marah dengan cetek akal pelajar ni. Atau mungkin pelajar cuma nak main main, tapi memang tidak patut lah buat main dengan hal macam ni.

Memang baucer buku diberi untuk pelajar membeli buku, tidak kira buku pelajaran ataupun buku ilmiah. Kalau buku pembelajaran, memang tak sempat nak guna baucer buku, sebab baucer diedar dah dekat dengan midtem, memang dah separuh sem berlalu, buku pun dah terpaksa beli dengan duit sendiri. Ada sesetengah lecturer yang bijak, dia kan runding dengan pihak pengedar buku untuk bayar selepas pelajar dapat baucer buku. Salute pada lecturer yang prihatin macam ni.

Tapi tadi, pergi bookstore nak beli kalkulator pun tak boleh. Sedangkan kalkulator juga bahan pembelajaran, memang penting untuk pembelajaran. Mana yang lebih penting ? Kalkulator juga digunakan untuk belajar, bukan untuk main game. Ye dak ? Alat tulis pun tak boleh tebus, yang boleh hanyalah BUKU. Masa macma ni pelajar nak buat stok sebenarnya untuk masa depan. Beli pen 2 3 dozen, beli test pad 2 3 bundle, Kertas A4 2 3 bundle. Apa lagi macam student design ni, Marker pun nak kena buat stok, Mana tak nya, 1 batang dah RM 12, kalau guna duit sendiri, menangis jugak nak memabayar 5 6 batang tu.

Apa apa pun tetap bersyukur dengan hadiah dari pihak kerajaan membantu pelajar dengan RM250 ni. Cuma tu lah, sepatutnya kami boleh beli kakkulator dan alat alat pembelajaran yang lain dengan baucer buku ni. Beli benda yang lebih penting dulu, lebih barulah beli buku untuk menambahkan ilmu. Yedak ? Dan tuan punya blog tetap tak sokong pelajar tu buat macam tu dekat page Mood Republik. Nak beli baju, beli yang murah murah dah la, tak yah pergi mood republik..

You Might Also Like

0 comments

ShopLinks

babab.net