Followers

HUKUM TUKAR BAUCER BUKU DENGAN DUIT

Siapa di sini penerima baucer buku ? Yang tak dapat Br1m lah senang cerita. Ok ok, jangan sedih sedih yaa. Kena faham yang kita ni studen...


Siapa di sini penerima baucer buku ? Yang tak dapat Br1m lah senang cerita. Ok ok, jangan sedih sedih yaa. Kena faham yang kita ni student, kena lah beli buku. Taw taw taw.

Saya percaya semua dah dapat baucer buku kan ? Sebab unimap je yang agak lambat diedarkan. Berbalik kepada hukum penukaran baucer buku ni, saya tulis kat sini bukan bermakna saya ni ustazah yang pandai pandai nak reka tau. Ni saya baca dari page Ustaz Dr Rozaimi .

Soalan nya berbunyi :-

Begini, saya ada dapat baucer buku 1malaysia (kupon) rm250 tapi bukan duit. Tapi saya tak gunakan baucer tu, jadi saya nak tukarkan dengan duit, ada kedai buku yangg buat pertukaran baucer dengan duit, tapi kedai buku ambil baucer tu dngan harga rm200 sedangkan baucer buku tu bernilai rm250. Jd disini dy untung rm50 , dan saya pon redha dengan rugi rm50. Jadi, saya nak tahu Sah ke pertukaran /jual beli seperti ni? Adakah dia ada unsur penipuan atau riba?

JAWAPAN :-

1- Baucer buku itu diberi dengan amanah kita menggunakannya untuk membeli buku akademik, dan jika sudah habis dibeli buku akademik sebelum ini, gunakanlah ia untuk membeli buku-buku lain yang bermanfaat.

2- Menukar ia dengan duit adalah satu perlanggaran kepada amanah yang diberikan.

3- Menukar ia dengan duit bermaksud kita juga bersubahat dengan peniaga yang menipu. Mereka hanya berhak menukar baucer itu dengan barang jualan mereka, dan mereka claim duit itu daripada kerajaan. Sekarang mereka tidak jual apa-apa kepada saudara. Jadi mereka menipu, dan jika saudara lakukannya, maka saudara bersubahat menipu bersama mereka.

4- Terlalu banyak buku yang boleh dibeli sebagai seorang Muslim. Riadussolihin, Hadis 40, Kitab tafsir dan terjemahan al-Quran, kitab feqh dan banyak lagi bahan bacaan bermanfaat selain daripada buku akademik.

5- Adakah ia riba? Ilmuan kewangan Islam di negara kita ada berbeza pendapat dalam hal ini.

Dr. Zaharuddin Abdul Rahman menyatakan bahawa ia bukan riba. http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/1027-bolehkah-jual-baucer-buku-untuk-dapat-tunai.html

Manakala Dr. Azman menyatakan ia adalah riba. Baca di sini --> http://drazman.net/2014/03/hukum-menukar-baucer-buku-dengan-wang-tunai-secara-diskaun/

Kesimpulannya: Jauhilah daripada menukar baucer buku dengan wang kerana ia melanggar amanah dan bersubahat dengan penipuan. Ia jua mempunyai syubhah riba. Belilah buku-buku yang bermanfaat.

Wallahua'lam.

You Might Also Like

4 comments

  1. Wah dah dapat yer.eh student unimap jga ke? Kos apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah. product development. awk kos apa ?

      Delete
  2. best dapat baucer buku mcm ni..akak BRIM pun x dapat..hehehe

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net