MAKAN TENGAHARI DI TERINAI LAKE VIEW CAFE,PERLIS

Assalamualaikum. Tempoh hari kami makan di Terinai Lake View Cafe. Dah lama nak pergi tapi tak berpeluang untuk makan tengah hari. Biasa p...

Assalamualaikum.

Tempoh hari kami makan di Terinai Lake View Cafe. Dah lama nak pergi tapi tak berpeluang untuk makan tengah hari. Biasa pergi untuk makan malam. Teringin nak makan sebab menu di Terinai Lake View Cafe ni agak unik. Terutama kari ayam hijau.



Ni view sebelum masuk ke kawasan cafe tersebut. Memang dari jauh rasa macam tak berapa yakin dengan tempat ni. nampak macam R&R pun ada. Tapi jangan risau, masuk ja, kat dalam tu ada cafe yang betul betul bertentangan dengan tasik timah tasoh. View dia lebih kurang view cafe di ladang teh, Cameron Highland. Cuma cameron highland view ladang teh tapi kat sini view tasik. Kalau dari Kangar ke Padang Besar, cafe ni terletak di sebelah kiri jalan lepas kedai Makan Tok Mek. Atas bukit sikit.


View kat dalam cafe tersebut. Nampak macam  mahal tempat ni, tapi harga biasa, tak mahal dan tak murah sangat. Dan view tasik dari cafe ni. Tempat ni best sebab agak privasi. Tak ada lah bising dengan kenderaan, dengan orang sembang macam kedai mamak. Kebersihan pun terjamin sebab jauh dari jalan dan dijamukan dengan keindahan alam hijau dan tasik timah tasoh.



Makanan, makanan kat sini best bagi saya dan kawan saya pun cakap best dan puas hati walaupun agak mahal. Sebenarnya tak mahal, Harga set pun tidak lebih RM10. Tapi biasalah kalau student, lebih RM 3.50 untuk makan tengah hari dah dikira mahal. :p

Ni makanan yang kami order..



Nasi putih, Ayam kari hijau.
RM 6
Add caption

Kerabu Apple
RM2
Add caption

Nasi ayam Tikka

Nasi goreng Empangan

Yang ni lupa nama apa. Maaf ya.

Ada yang tak letak harga tu sebab lupa. Tapi jangan risau, harga tak lebih dari RM10. Lagi baik makan dekat sini daripada makan di Padang Besar kalau nak ke padang besar. Sini lebih terjamin harga dan kebersihan. Lagipun disini semua pekerja melayu dan masih muda.

Untuk makan malam, kalau ada peluang pergi lagi, akan direview disini ya. Dekat sini boleh buat sambutan hari jadi, jamuan, dinner atau apa apa majlis. Senang kan. Kami pun bercadang nak buat dinner untuk ppk nanti. InsyaaAllah kalau ada rezeki review untuk program pulak kat sini. Review ni tak berbayar ya. Jadi apa yang saya dapat masa ni, macam tu jugak pelawat lain akan rasa. Alhamdulillah kenyang makan disini. Syukur dengan rezeki Mu.


You Might Also Like

7 comments

  1. ayam kari hijau pertama kali kak PC dengar dik.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kite pon 1st time dengar. rasa dia lebih kurang masak lemak, tapi tak lemak sangat. okay. ayam dye banyak.

      Delete
  2. wahh menariknyaa. nak masuk pun dah cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah best. kalau dtg perlis, jgn lupa datang sini yaa.

      Delete
  3. sedap nampak Kari Hijau dengan Kerabu Apple tu Leyla.. aduhhh..! telan air liur dibuatnya.. hehehehee.. Lagipun kak ain dah lama giler tak gi Perlis, rindu sangat kat Padang Besar.. *sebenarnya rindu shoppinggggggg...!!*

    hahahahahaa... :p


    TAHNIAH anda terpilih antara 12 blog tersenarai dalam Bloglist Mac di DRAMATIC UNIQ.. :)

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net