Followers

MOVIE POSTER [PHOTOSHOP CS5]

Dah lama tak berjinak dengan photoshop, jadinya photoshop tak berapa nak manja dengan tuannya. Dulu selalu la belajar hari hari. Lepas da...


Dah lama tak berjinak dengan photoshop, jadinya photoshop tak berapa nak manja dengan tuannya. Dulu selalu la belajar hari hari. Lepas dah masuk degree, terasa macam minat dengan pembelajaran jauh sangat beza. Perlahan lahan dengan sendiri nya tinggal photoshop. Mintak maaf minat .
Tak sangka pulak bila masuk degree ada subjek photoshop. wow ! so tak salah lah course yang saya ambil ni. Gembira rasa hati... dapat beristeri dua ... eh, dapat belajar photoshop lagi.

Assignment pertama aobe illustration kena buat logo Harimau Malaysia macam dalam entry lepas. Yang tu dah settle. Yang kedua assignment adobe photoshop kena buat movie poster. Hasilnya poster diatas. Kalau zoom gambar tu memang banyak cacat cela sebab kesuntukan masa dan kan dah cakap photoshop dah tak manja macam dulu dah.

Hasil daripada gambungan gambar dibawah terhasilnya satu movie triller macam dalam poster. Paham kan cerita dia ? Tengok pon dah tahu kan cerita pasal apa.


Main character transform dari muka baik kepada yang lebih menyeramkan. Pisau sapu jem roti transform kepada pisau sapu darah ..


Tutorial ? Kalau nak buat tutorial memang panjang lah kat sini. Boleh taip je dekat google untuk macam macam tutorial photoshop. Jangan risau, kita kan bercinta dengan abg google, mestilah dia tolong kita.. Jangan takut untuk belajar photoshop dengan google..

Alhamdulillah, penat penat pergi mengembara, dah siap poster. tunggu cerita dekat pawagam nanti ya.

You Might Also Like

0 comments

ShopLinks

babab.net