REVIEW DAN JALAN CERITA SUPERMAN VS BATMAN

Assalamualaikum.  Dah lama tak keluar jalan jalan tengok wayang. Kadang kadang perlu juga luangkan masa untuk berjimba. Tapi kalau ...

Assalamualaikum. 

Dah lama tak keluar jalan jalan tengok wayang. Kadang kadang perlu juga luangkan masa untuk berjimba. Tapi kalau dah berjimba tu, tak yah cakap la, duit macam air terjun la laju nya. Ok, semalam 24/3 filem 'Batman vs Superman' ditayangkan dipawagam. Kebetulan tepat pada masanya kami keluar, Bukan main seronok lagi nak tengok cerita ni. 

Nasib baik kami masih awal, sempat lagi beli tiket. Tu pun dah agak depan dah tempat duduk kami. Nasib baik bukan betul betul depan, kalau tak, melangut la kami tengok movie tuu..


Cerita ini bermula dengan

Flashback<<<<<
Parents batman mati , batman lari masuk hutan.
Jatuh dlm gua yg ada byk kelawar.
Kelawar kelilingi dia sampai dia mcm terapung balik ke atas. (Mcm dpt kuasa batman la kot)

Fast forward>>>> dia ada kat bandar masa superman lawan ngn musuh (Man Of Steel).  Habis bandar tu musnah. Ini buat batman rasa marah kat superman (DENDAM) sbb superman ni kerje dia lawan + hancurkan bandar sbb dia kan unlimited power.
Ada org ni nama dia Lex, dia nak superman mati so dia curi kryptonite (sejenis permata yg buat superman ni tak kebal). So batman ni gi spy kat Lex sebab batman nak jugak kryptonite tu utk buat senjata lawan superman. Batman siap buat baju besi khas utk lawan superman. Dia curi kryptonite tu dari Lex and dia buat lembing utk cucuk batman.

Bermulalah BATMAN VS SUPERMAN. Batman n superman lawan gila2. Batman guna gas bomb yg gasnya dari kryptonite, superman pun lemah. Batman bantai dia gila2. Lama2 kesan gas tu habis n superman lak bantai batman. Bbrp minit kemudian, batman guna lagi and kali ni superman mmg dh lemah.

Pause || 
Berbalik pada Lex, memandangkan kryptonite yg dia nak tu kena curi, dia terpaksa buat plan kedua. Dia buat villains baru named Doomsday dengan mayat Zod which is orang yg superman bunuh dalam Man Of Steel.

 Play |>
Kembali balik pada batman vs superman. Batman dah ambik lembing yg dibuat dari kryptonite dan nak cucuk superman. Tiba2! 😨 superman ckap 'Save Martha!! (mak superman yg diculik oleh Lex).Batman pun reply ' how do you know that name!!! Why do you say that name?!!!awek superman pun dtg ckp nama  tu nama mak superman and batman baling lembing kryptonite tu sbb bengang kot. (Fact is Martha tu nama mak batman yg mati time mula2 citer tu start, kiranya diorang dua punya nama mak samalah). Then batman tk jadi bunuh superman and diorang team up utk selamatkan Martha.

Fast forward>>>>>
Superman sampai kt tempat Lex and nak bunuh dia tapi Lex tunjukkan dia Doomsday (makhluk raksasa ciptaan Lex @ lebih kurang saiz Hulk tapi lebih scary).

Fast forward>>>>>>
Batman & superman VS Doomsday. Lawan punya lawan tiba2 😱😱😱😱 Wonder Woman muncul. Damnn she got balls (i mean beranilah even perempuan tapi lawan raksasa mcm Hulk)
Batman & Superman & Wonder Woman VS Doomsday.
Superman gi tumbuk doomsday sampai angkasa then US lancarkan nuklear . kebabomm!!! Meletup dengan superman sekali kena. Doomsday tk mati sbb dia sedut kuasa dari letupan. So US rasa doomsday unkillable. Superman lak kat angkasa tgh terapung tk sedarkan diri, and he heals himself (mcm Deadpool lah). Then batman n wonder woman lawan ngn doomsday and voooshhh!!! Superman turun bantai doomsday.

Pause ||
Awek superman gi ambik lembing kryptonite tu and balik masuk dlm air kat tempat batman lwn superman tadi. Sekali dia terpaksa ambik balik sbb lembing kryptonite tu je boleh kalahkan doomsday. Sekali bangunan tu runtuh sbb perlawanan epik superheroes ni. And superman boleg dengar awek dia tgh lemas sekali dia gi tlg awek dia and dia jugalah yg kna amik lembing kryptonite tu. (Fact : superman tak boleh dtg dekat ngn kryptonite sbb nnti dia lemah gilaaa mcm nak mati). Then dia pun sedar n superman ckp kt awek dia , yg superman ni kena cucuk kryptonite kt doomsday. Dia terbang and cucuk kryptonite kat doomsday sekuat2 nya (padahal dia tengah lemah gila sbb kryponite tu ada near dia). Doomsday pun semakin lemah dan Doomsday gi tikam superman dengan tulang dia (superman tak kebal dan dia pun di tikam sampai tembus bdn belakang). It ends dengan letupan yg kuat yg menandakan Doomsday dah kalah dan SUPERMAN DAH MATI. Superman MATII dlm battle tu.

Fast forward>>>>>
Kat funeral, semua grieving and awek dia gi gengam tanah and lepaskan atas keranda superman menandakan dia rela Superman mati. Lepas tu kamera dia zoom kat tanah tu and for 1 seconds tanah tu seakan terangkat. Skrin gelap. THE END.

Kalau baca dah xyah tgk wayang. Cerita ni copy paste dari group whatsapp sebab malas nak tulis. Nasib baik ada yang terlebih rajin nak tulis sinopsis dalam bahasa melayu dan jujur dari hati macam ni. Memang ni lah cerita sebenarnya. Sama je cerita ni dengan wayang.

Secara keseluruhan cerita ni agak tak menarik bagi saya. Ada je yang cakap best. Tapi tetap tak best bagi saya. Banyak part yang tak berapa nak jelas. Saya syak dia buat cerita ni sebab marvell selalu sangat keluar cerita. Tercabar kot.. Eh tak ada lah, gurau ja.. Harap nya sambungan lepas akan lebih menarik. Lupa tajuk apa next. Tapi tahun 2017 cerita tentang WONDERWOMEN pulak. Mau terkeluar mata tengok cerita wonderwomen nanti.

You Might Also Like

2 comments

  1. waaa. complete review. dah tahu jalan cerita. takyah tengok. hahaa

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net