TERLALU MENGHUKUM

TERLALU MENGHUKUM |  Bila bersembang dengan kawan kawan, kadang kadang terkeluar bab jodoh dan kahwin kahwin tu semua. Tu topik yang bias...


TERLALU MENGHUKUM | Bila bersembang dengan kawan kawan, kadang kadang terkeluar bab jodoh dan kahwin kahwin tu semua. Tu topik yang biasa kan ? Tak habis habis duk ulang nak kahwin nak kahwin kan? Topik yang paling seronok bila merapu. Bukan senorok lain, seronok nya bila bertanya "kau bila nak kahwin?" "lepas habis belajar ni kau terus kahwin ka ?" "nanti kau nak kahwin umur berapa ?" dan macam macam lagi la soalan.

Sebenarnya saya sangat cepat menghukum dengan persepsi negatif tentang lelaki. Ya,saya tahu tak semua lelaki macam tu. Saya tahu tak semua lelaki jahat dan tak elok. Ramai lelaki diluar sana yang elok perangainya. Tapi saya tetap dengan pendirian, selagi belum tiba masa nya, saya tetap beringat ingat.

Bukan sengaja nak berfikiran negatif tentang lelaki. Cuma ramai orang disekeliling yang terkena dengan penangan lelaki ni. Ramai perempuan yang menjadi hamba lelaki ni. Ada yang kahwin lepas tu perempuan yang kena mencari rezeki sedangkan lelaki hanya tidur dan hisap dadah. Ramai perempuan yang bertahan dengan sikap lelaki yang suka bermain perempuan, bila dengan isteri sendiri disepak ditampar si isteri yang sarat mengandung.

Bukan sengaja saya nak menghukum, cuma bila semua ni berlaku disekeliling diri sendiri, berlaku dalam keluarga sendiri, terjadi dikalangan kawan kawan sendiri, dah tentu benda tu akan jadi mainan dalam fikiran kita. Cakap macam ni bukan bermakna saya taknak kahwin dengan lelaki, bila tiba masa nya, bila sampai jodoh, saya akan tetap kahwin. Cuma saya taknak perkara macam berlaku dekat perempuan termasuk lah diri saya sendiri.

Jadi perempuan, jangan jadi terlalu lemah dengan lelaki. Kita perlu ada pendirian sendiri. Jangan sampai kita menjadi hamba lelaki. Bukan lelaki berduit yang kita dambakan, cukuplah lelaki yang bertanggungjawab kepada isteri, keluarga dan Allah Maha Pencip

You Might Also Like

2 comments

  1. betul tu leyla..yang penting sentiasa berdoa semoga kita ditemukan jodoh yang baik..insyaallah..

    ReplyDelete
  2. Betul tu..mencari suami biarlah yg bertanggungjwb & dapat membimbing kita ke jalan Allah :)

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net