CARA BUAT HOMEMADE KORDIAL ROSELLE

Assalamualaikum. Ramai yang suka minum air roselle kan ? Ramai jugak yang tanam pokok roselle ni dekat kawasan rumah kan? Senang, bila ...

Assalamualaikum.


Ramai yang suka minum air roselle kan ? Ramai jugak yang tanam pokok roselle ni dekat kawasan rumah kan? Senang, bila nak makan, petik ja dekat tepi rumah. Pokok roselle mudah ditanam kerana memang sesuai untuk iklim di negara asia termasuk India dan Afrika. Pokok Roselle juga dikenali sebagai pokok asam paya ataupun asam kundang.  Buah Roselle kaya dengan vitamin A dan C serta mineral ( kalium dan kalsium ).

Selain Jus minuman, roselle jugak boleh dibuat Jem, Halwa, Jeli, Jeruk, Pewarna makanan, Minuman ( tea ) dan Kapsul dan industri kosmatik. Buat homemade kordial ni lebih baik berbanding beli dipasaran kerana bebas daripada pewarna tambahan.

Jom mulakan pembikinan jus roselle Nyum Nyum nii.


Mula mula potong bunga or buah roselle ni (tak tahu nak cakap buah ke bunga) untuk buang biji dekat dalam nya. kalau nak senang ikut cara atas tu. kalau nak potong ikut cara sendiri pun boleh. Mula mula potong bahagian bawah dulu lepas tu baru belah dua. Potong line 2 tu, baru senang senang nak buang biji dia.


Biji dia yang bulat tengah tu, buang lah macam biasa. kalau nak semai pun boleh. Jemur bagi kering dulu lepas tu semai. Boleh lah makan roselle hari hari nanti. Tak payah beli dah.
Lepas tu potong kecik kecik. Tak payah kecik sangat la, elok elok satu kelopak tu ja, Sebab nanti senang, nak buat halwa ka, jeli ka, Tak ada besar sangat jadinya nanti.


Lepas tu basuh bersih bersih ya. Jangan la tonyoh bagai nak rak sebab benda ni kita tanam sendiri kan. Jadi kita tahu yang dia bebas dari racun.


Tak boleh move on dengan gambar ni, nampak lawa macam mandi bunga..
Sambil sambil potong tadi, boleh dah nak didihkan air, lepas air dah mendidih boleh terus masukkan roselle. Rebus sampai warna merah. Agak dah puas hati, masukkan 1 kg gula, lebih pun boleh sebab buat kordial, nak minum nanti tambah air kosong ja.


Dah mendidih macam tu maknanya dah siap lah kordial roselle kita. Lepas ni letak dalam jug 3 senduk tambah air sikit tambah ais. Nyum Nyum laa musim musim panas macam ni.



Selamat meroselle semua. minum dulu yaa.

You Might Also Like

1 comments

  1. leyla, buah roselle ni pun boleh buat jem, sedap gak :)

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net