Followers

KECELARUAN KATA GANTI NAMA DI BLOG

Assalamualaikum peeps,  Sejak dua menjak ni kalau perasan dekat blog aswaleyladotcom ni ada pertukaran kata ganti nama. Sebelum ni kata g...

Assalamualaikum peeps, 


Sejak dua menjak ni kalau perasan dekat blog aswaleyladotcom ni ada pertukaran kata ganti nama. Sebelum ni kata ganti nama AKU bertukar kepada SAYA. Walaupun dah lama blogging, tetap bercelaru dengan benda remeh macam ni. Rasa ramai blogger yang menghadapi masalah yang sama. 

Lepas dua tiga entry memakai kata ganti nama SAYA, sungguh rasa awkward sangat nak guna. Rasa terlalu skema dan serius. Kalau dulu guna aku, takut nampak terlalu kasar dengan ganti nama tu. Tapi kalau jumpa depan ataupun whatsapp tetap guna kata ganti nama SAYA. 

Pernah terfikir nak guna ganti nama AI mewakili ASWALELA ISMAIL dan bunyi dia macam 'I' ataupun aku dalam english. Tak tahu sesuai atau tak, hasilnya sampai sekarang tak pakai. Bila jenguk blog blogger blogger lain, ada yang guna kata ganti nama AKU, nama singkatan macam KK, CN, KC, ada jugak yang guna nama macam YUYU, ZATI, NANI, ada jugak yang guna title macam MOMMY. Sebenarnya atas keselesaan masing masing. 

Dan untuk blog ni rasanya berbalik kepada AKU jugak sebab bagi aku lagi selesa menulis guna ganti nama aku. Rasa lebih free dan santai. Jadinya jangan lah rasa kasar dengan ganti nama aku ni. Sebenarnya kata ganti nama ni merapatkan jurang perbezaan antara kita ni. Rasa lebih rapat dan mudah disampaikan dan difahami. OK, settle tentang kata ganti diri ni. Kalau ada yang nak diperbetulkan, jangan segan komen ya... 


You Might Also Like

2 comments

  1. kak zati guna AKU dh..lg santai..hihihi

    ReplyDelete
  2. Lu boleh guna kata ganti diri apa saja yang lu suka, gua pun boleh guna kata ganti diri yang gua suka, tapi jangan lupa basuh tangan sebelum makan, itu bahaya.

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net