LOKASI PULUT HARUM MANIS, PERLIS.

Assalamualaikum, Sepatutnya ada kerja kena siapkan, tapi update blog dulu. Ambil mood kata orang. Ok, sekarang nak cakap pasal Harum Mani...

Assalamualaikum,

Sepatutnya ada kerja kena siapkan, tapi update blog dulu. Ambil mood kata orang.
Ok, sekarang nak cakap pasal Harum Manis pulak. Hari tu pasal Musim bunga di perlis. Boleh klik link kat bawah.

http://www.aswaleyla.com/2016/04/musim-bunga-di-utara-malaysia-bermula.html

Macam tahun tahun dahulu, musim harum manis di Perlis sangat mendapat sambutan oleh orang luar atau dalam negeri Perlis. Kalau nak tanya aku apa beza harum manis dengan mempelam biasa, aku puntak tatu nak jawab apa. Yang aku rasa, dia lagi manis dan isi dia sangat padat. Tak terkejut lah kalau 1KG harum manis dapat 2-3 biji ja. Sebab buah dia berat walaupun kecil comel ja.

Kalau di Kelantan dan Terengganu femes dengan pulut durian, dekat Perlis femes dengan pulut mangga. Kalau dapat Perlis tak rasa pulut mangga memang tak patut lah. Kalau bukan musim harum manis pun tetap adadekat Padang Besar tu pulut mangga. Maka aku mencari lah pulut harum manis bila sampai musimnya, Setahun sekali, mesti lah wajib makan.

Lokasi berdekatan taman ular,Perlis. Nak pergi sana ikut ja signboard taman ular. Sebelum sampai tahan ular dalam 200 meter, jumpa lah ladang harum manis dulu, Pokok harum manis ni rendang rendang ja. Kkecik kecik, tak besar macam pokok pelam kat kampung kita. Paling tinggi pun paras kepala ja. Kedai ni di sebelah kiri jalan kalau dari kangar. sebelah kanan kalau dari bukit air. Jangan mimpi nampak kedai makan dulu sebab kedai makan di bahagian belakang kedai, depan tu dia banyak jual harum manis macam ni.


Kalau nampak sign board macam ni, ye lah tu.



Makan kat sini best. Aku cuma macam pulut harum manis dan jus harum manis. Rasa memang bestt. sebab aku ni penggemar pulut, jadi tak boleh nak cakap tak best lah. Jus harum manis pun best, cuma rasa kordial sikit, bukan 100% dari harum manis. Rugi lah menjual kalau 100% original jus harum manis. Pulut dia tak ada kuah ya. Dia terus masukkan santan dalam pulut. Tapi tetap best!

Pulut harum manis RM6

Jus harum manis RM3

Sekian sahaja review dan lokasi pulut harum manis original. Aku syor kan jangan makan pulut harum manis dekat Padang Besar, bukan apa, takut tak original. Jangan lupa datang Perlis rasa pulut harum manis ni ya. Murah dan sedap. 

You Might Also Like

3 comments

  1. Ya Allah nikmatnya...kak PC pernah makan tu yang rasa meleleh air liur...ermmm..

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaa! Suka pulut mangga juga! Teringin nak rasa mangga harum manis tapi alahai, jauhnyaaaaa. Baca cerita je yang mampu..

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net