Followers

MUSIM BUNGA DI UTARA MALAYSIA BERMULA

Assalamualaikum. Tak jawab dosa,kalau jawab ? Kalau jawab dapat pahala. Sengaja diberi salam dipermulaan bicara supaya dapat menambah pahala...

Assalamualaikum. Tak jawab dosa,kalau jawab ? Kalau jawab dapat pahala. Sengaja diberi salam dipermulaan bicara supaya dapat menambah pahala kepada pembaca. Kalau bukan islam, jawab ja salam sejahtera.

Seperti tahun sebelumnya, kita digemparkan dengan berita negeri utara bertukar musim kepada musim bunga ala ala di Korea. Tanah negeri utara dilitupi dengan bunga bunga gugur bewarna pink dan putih. Alhamdulillah, boleh merasa suasana seperti berada di Korea ketika musim bunga walaupun belum pernah kesana. Kalau nak tahu Perlis ada 4 musim tau. Musim panas, Musim hujan, Musim bunga dan Musim harum manis. Haaa, hebatkan Perlis.


Bunga yang dikenali sebagai bunga Tecoma yang banyak ditanam di sekitar negeri utara. Pokok ini sudah lama ditanam tetapi menghasilkan bunga yang cantik dalam 2 3 tahun ke belakang. Mungkin disebabkan oleh faktor cuaca yang panas membuatkan pokok ini menghasilkan bunga. Kalau dilihat pokok pokok yang dah tua baru pertama kali menghasilkan bunga, begitu juga pokok pokok yang masih kecil menghasilkan bunga yang cukup banyak.

Ok, maaf kalau gambar kat bawah ni buat sakit mata dengan ada aku. Hee, tak de banyak gambar pokok sebab excited sangat duk selfie dan bergambar. OK, layan dulu gambar dekat universiti aku. kawasan universiti kampus Pauh berlambak bunga ni. Semua pelusuk ada. Tapi bunga ni baru mula berbunga, tak sepenuhnya lagi. Tak sabar nak tunggu UniMAP Pauh jadi macam spring in Korea.






OK ok dah dah. Nanti muntah hijau pulak kan. Lepas ni aku nak shoot gambar pokok pulak lah. Ni pakai fon ja. Gambar tak berapa nak berkualiti, Esok esok nak kena pakai kamera. Mana aku bawak kamera pergi kelas. Nampak tak bagus. Tapi kan, masa ni aku tengah ada bengkel. Aku penat duk dalam bengkel. pastu aku pergi ambil gambar kat sini. Sangat nakal pelajar ni. Lepas tu nampak lecturer jalan pergi dekat kereta dia. Konfirm dia dah tengok gelagak kami duk bergambar. Lepas nia tunduk letak barang dalam kereta. Kami terus lari. Mesti dia angkat muka, cari kami, tapi kami dah hilang pun. Nasib bukan lecturer bengkel tu. Kalau tak MATEYY aku. Maaf puan, maaf encik. Ampun ampun. Hee.

You Might Also Like

7 comments

  1. Lawanya! Kat malaysia pun boleh dapat sekarang musim bunga. Tapi jauhlah pulakkk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah. tak payah pi korea dah lepas ni. tanam je pokok ni bnyak2

      Delete
  2. waalaikumusalam ...wah bestnya...cuaca panas lgi kan kat sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la panas. tapi tak macam bulan lepas, sampai terbakar tepi2 jalan.

      Delete
  3. Musim bunga dengan musim harumanis tu macam mai serentak ja kan... cantik bunga2 tu ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. dia mai time musim panas sebenarnya

      Delete
  4. Walaupun orang kedah and kampung dekat aloq staq, tak pernah berpeluang tengok musim bunga ni.. Time dia berbunga ja mesti dok kat KL

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net