Followers

TRAVELOG MR TRAVELLER CETUS SEMANGAT BACKPACKER

Dari kecil lagi aku memang simpan angan-angan nak pergi serata dunia. Memang aku kagum sangat bila tengok orang menjelajah ke negara luar...


Dari kecil lagi aku memang simpan angan-angan nak pergi serata dunia. Memang aku kagum sangat bila tengok orang menjelajah ke negara luar. Aku blogging ni pun memang akan baca blog blog travel. Aku kurang sikit nak baca blog blog review. Aku lebih suka baca tips travel dan baca pengalaman blogger blogger ni vacation. Sungguh, masa untuk aku belum tiba. Sebenanrnya aku susah nak travel sebab aku satu satu nya anak ma, jadi memang susah sikit nak dapat green light. Tapi aku selalu cuba sedaya upaya nak dapatkan green light tu. Aku harap suatu hari dapat lah green light tu.

Lepas aku habiskan baca buku TRAVELOG MR TRAVELLER ni, memang makin membuak buak rasa nak backpacker. Seronok dan sangat mencabar. Dan dalam tak disangka, ALLAH banyak menolong penulis dalam masalah semasa travel. Mungkin berkat dan berbekalkan iman yang kuat. Aku cuba bayangkan berada ditempat mr traveller ni, sampai ke aku ke penghujung nya? Sebelum aku mulakan packpacker macam penulis ni, memang banyak ilmu dan pengalaman kecil yang perlu aku dapatkan.

Aim aku buat masa sekarang, aku nak habiskan negara negara asia dulu, Pernah pergi Indonesia dan Thailand tetapi bawah program universiti. Aku nak jejak lagi sekali Indonesia dan Thailand dengan tentatif sendiri. Paling aku nak pergi, India.

Memang mudah untuk lelaki mengambara ke serata dunia. Tetapi akan susah untuk perempuan berbuat demikian. Tapi siapa cakap tak boleh. Siti Noridah Ab Rahman atau lebih dikenali ET boleh ja mengambara Afghanistan. Lagi banyak risiko tapi mampu je dia sampai ke penghujung.

Jadi tak mustahil lah untuk aku pulak lepas ni mengembara serata dunia. Yang penting ada ilmu dan duit, semua jalan. Lagi satu malam buku Travelog Mr Traveller tu ada nama Leyla. Bangga kita.
Terima kasih Travelog Mr Traveller dah suntik virus travel dekat aku.

You Might Also Like

3 comments

  1. Seronok kan bila berpeluang melawat negara orang...macam-macam boleh tengok...

    ReplyDelete
  2. alaaa.. kak ain nak beli dah buku ni aritu tapi tak jadi.. aduhhh..!! lepas baca ni terus rasa tak sabar-sabar nak gi beli buku ni nanti... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli kak ain. best. rasa macam kita yang tengah mengembara time baca. seronok dan berilmu buku ni.

      Delete

ShopLinks

babab.net