Followers

AKIBAT PAKAI FOUNDATION EXPIRED

Assalamualaikum. Seperti yang kita tahu, setiap barang makeup, berus, penjagaan muda dan diri semua ada expired date masing masing. Ada ya...

Assalamualaikum.

Seperti yang kita tahu, setiap barang makeup, berus, penjagaan muda dan diri semua ada expired date masing masing. Ada yang setahun, ada yang dua tahun, ada yang setengah tahun. Bergantung kepada jenis barang make up tu jugak.

Sebelum ni memang aku tak pakai foundation ni. Tapi hari tu balik kampung tertarik pulak tengok foundation ma yang dah lama tak pakai. Jadi aku pun minta lah izin nak rembat ma punya foundation tu. Ma bagi aku terus dua dua foundation tersebut. Wahh bukan main happy lagi la kan. Aku bawak datang universiti dan pakai lah kan memandangkan muka aku dah kusam macam ayam berak kapur dek tona kulit tak sekata dan akibat musim elnino sekarang ni.

Lepas aku pakai beberapa hari, jerawat dekat muka aku rancak beranak. Lepas satu satu. Yang besar besar pulak tu. Besar dan sakit. Tapi aku biarkan aja sebab aku fikir sebab PMS. Biasa lah perempuan kalau tiba tiba jerawat rancak membiak ni normal lah kan. Bila dah lepas musim PMS, aih, naik lagi jerawatnya. Pelik aku dibuatnya.

Ada kawan bilik aku tegur, kenapa jerawat tu naik beratur elok je ? ni haa...

eye back macam awan takung hujan 

Sebelum ni teruk lagi. Ni yang latest dah makin pulih. Lepas ditegur, baru aku perasan line ni yang aku guna satu foundation yang agak gelap kononnya nak buat contour kat muka kan.Rupanya memang yang jenis gelap tu dan expired kot. Sampai jerawat naik betul betul dekat line yang aku buat. Macam lawak pun ada. Lepas ni tak payah buat line dah, dah ada line semula jadi. Lepas dah perasan tu aku berhenti la pakai. Dua dua sekali aku berhenti. Dekat muka bahagian lain pun ada jugak jerawat ni.

Kawan aku pernah dulu pakai gel aloe verra yang dah exired dari jenama tuttt. Tak perlu lah sebut sebab bukan salah jenama tu tapi salah pakai lepas expired date. Muka dia naik biji biji air gelembung bintik bintik satu muka. Lagi kesian, sampai kena pergi klinik. Macam gelembung apa dah aku tengok. Kesian. Nasib baik elok lepas beberapa hari pergi klinik. Alhamdulillah.

Ni aku bagi panduan sikit. cek lah barang make up korang tengok ada yang dah expired ke belum.


See? foundation sampai 12 bulan ja. Yang aku rembat ma punya dah 2 tahun lebih kot. Adui lah leyla yang tak ambil tahu pasal benda ni. Paling lama pun barang make up boleh tahan selama setahun setengah. Kalau tak habis lagi dalam setahun setengah, hai hai bai bai la jawabnya. So, pastikan habis, hari hari kena make up. OK, Main main ja, jangan serius sangat sampai nak makeup macam patung hari hari.

Harap entry ni membantu anda semua dan memberi peringatan kepada semua supaya cakna kepada alat make up masing masing. Make up make up jugak, barang barang jangan sampai tak bertukar ganti. Kesian dekat muka.

You Might Also Like

1 comments

  1. penah jugak pakai foundation/make up stuff expired. padahal dah tahu dah benda dah lama tapi pakai jugak sebab last minute sangat. hehhe. lagipun I jarang pakai, bila ada event tertentu je. so sayang pulak nak buang,akibatnya muka gatal gatal and kulit jadi kering

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net