BELAJAR INTERIOR DESIGNER DI UNIMAP

Assalamualaikum. Bagi laluan untuk pelajaran sikit kat sini. Ada ruang untuk pelajaran kat sini jugak sebenarnya. Dulu berangan nak update...

Assalamualaikum.

Bagi laluan untuk pelajaran sikit kat sini. Ada ruang untuk pelajaran kat sini jugak sebenarnya. Dulu berangan nak update semua pelajaran aku dekat sini, Supaya senang jadi referrence untuk sesiapa yang berminat nak masuk dalam bidang Product Development ni. Tapi sudahnya tak berupdate sangat sebab tertunggak sana sini. Jadinya lupa dan malas nak update.

Dalam silibus yang aku belajar ni, Product Development Technology Engineering, ad subject design visualization yang mana mengajar kita tentang design menggunakan software. Kalau budak design memang wajib tahu software-software basic macam ni. Se'low' mana pun design yang kamu ambil, mesti tahu software software ni. Yang ada dalam design visualization ni adalah Adobe Photoshop, Adobe Illustration, dan 3DMax. Sebenarnya banyak lagi, ni cuma aku bagitau basic. Adobe ada macam macam Adobe kalau nak belajar, tapi Adobe yang paling penting adalah dua adobe yang aku cakap tadi.

Adobe Photoshop semua tahu kan untuk edit gambar.Edit bagi nampak muka glowing, putih, bersih, hilang semua jerawat  dan sebagainya. Untuk photographer memang adobe ni dah jadi makanan diorang. Manakala adobe illustrator untuk membuat poster. Sangat penting untuk pembikinan poster. Dalam design, nak bentangkan product yang kamu cipta tu, memang kena buat poster menggunakan Adobe Illustrator, jadi memang kena belajar. Benda ni penting dalam presentation sebab macam mana kamu nak present dekat seseorang apa yang ada dalam fikiran kamu supaya sama macam yang orang tu dapat. Otak kita tak sama ya. Otak kita tak boleh copy paste supaya dapat bentuk yang sama seperti yang kamu bayangkan. Paham tak apa yang aku cuba sampaikan ni ? Tak ? mungkin sebab otak kita tak sama, jadi apa yang aku sampaikan, kamu tak boleh baca dan faham dengan baik. Sebab itu penting nya lukisan dalam hidup. Supaya mata boleh baca dan hantar kepada otak apa yang kita nak sampaikan.

3DMax untuk animation dan design sipaya nampak sesuatu secara real. Kadang kadang apa yang kita lukis tangan tak sefaham apa yang dilukis secara 3D dan lengkap dengan render dan shadow. Untuk animation pulak, kalau kamu perasan video iklan yang dekat tv. Video iklan handphone yang pusing pusing tunjuk specification produk tu, itu adalah animation dalam 3D Max. Jadi 3 software ni memang kena mahir sebelum produk yang kamu buat tu dihasilkan.

Susah tak ? semua benda susah. Tak ada benda yang senang dalam dunia ni. Tak ada orang yang lahir terus jadi pandai. Jadi semuanya bermula dari bawah. Kenapa malu untuk bermula dari bawah ? Bermula dari bawah tu sangat menarik, apalagi kalau kita simpan semua hasil kerja pertama sehingga lah jadi seorang yang mahir. Masa tu kau akan hargai hasil kerja pertama kau. Kerana, tanpa hasil kerj apertama yang teruk, tak mungkin boleh capai tahap mahir.

Aku pun nak abadikan satu hasil kerja aku yang pertama. Tolong jangan gelakkan aku. Ni hasil pertama aku tau. Mana tahu nanti aku boleh jadi designer yang mahir. Ameeen. Mudah mudahan.


You Might Also Like

1 comments

ShopLinks

babab.net