Followers

JANGAN BANDINGKAN KEHIDUPAN ORANG DENGAN KITA

Assalamualaikum. Agak lama aku tak menulis motivasi diri dekat blog ni. Biasanya aku akan tulis bila aku lalui sesuatu yang aku rasa bo...

Assalamualaikum.


Agak lama aku tak menulis motivasi diri dekat blog ni. Biasanya aku akan tulis bila aku lalui sesuatu yang aku rasa boleh memotivasi kan diri aku dan orang lain. Kalau saja saja nak tulis memang susah nak hasilkan entry penuh. mesti akan tersangkut di skala 3. Lain orang lain kehidupan yang perlu dijalani di muka bumi Allah ni. Jadi tak ada seorang pun yang mempunyai jalan hidup yang sama. Termasuklah kedua ibu bapa kita. Kehidupan yang mereka lalui pun tak mungkin sama seperti kita.

Jadi jangan kita terlampau taksub dengan kehidupan orang lain sehinggakan merasakan kehidupan kita sendiri sangat payah dan hina. Kerana apa yang kita lihat dengan mata kasar kehidupan orang lain, tak sama dengan realiti kehidupan mereka. Mungkin di belakang mereka lagi susah berbanding kita. Mungkin mereka senang dimata kita, tetapi masih ada kekurangan yang merupakan kelebihan dalam kehidupan kita. Kita cuma melihat senyuman gelak tawa mereka, kita tak pernah melihat tangis air mata mereka. Layak kah kita mengatakan dia untung berbanding kita ?

Belajarlah bersyukur dengan apa yang diberikan oleh Allah. Belajarlah untuk tidak menyalahkan pemberian Allah yang sungguh sempurna. Mungkin kita merasakan bahawa bukan kita menyalahkan takdir, cuma kita mengharapkan kehidupan mereka adalah kehidupan kita. Tapi tidakkah itu namanya tidak bersyukur?

Jika suatu ketika kita berasa susah dan payah, kita berasa diri terhina, lihatlah orang yang jauh dibawah kita, Kita pasti akan rasa bersyukur dengan setiap kurniaanNya. Lihat bukan cuma lihat kosong. Dalami mereka, cuba untuk bantu mereka walaupun hanya dengan setitip doa. Masih ramai orang yang tidak seberuntung kita. Bersyukurlah dengan setiap kurnian Nya. Bersyukurlah walaupun ditimpa musibah kerana Allah hanya turunkan musibah kepada orang yang disayangiNya.

Jika hati berasa kosong, isi lah dengan kesibukan akhirat dan dunia. Bacalah ayat suci Al-Quran walaupun hanya sepotong ayat. Peluklah Al-Quran dikala hati rasa kosong dan gundah. Pasti kamu akan rasa lebih tenang dan kekosongan hati terisi dengan kebahagiaan. Mudah mudahan.

You Might Also Like

2 comments

  1. http://kasutkaca15.blogspot.my/2016/05/tudung-raya-dari-kasutkaca15.html



    jon join ga. senang je.

    btw: lokasi tngkp gmbr tu kt ne. cun tmpt tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni dekat langkawi. glass blow craft

      Delete

ShopLinks

babab.net