Followers

KEEP CALM AND SABAR

Dugaan belajar setiap orang lain lain. Masing masing ada dugaan tersendiri. Walaupun sama universiti tetapi lain kos, tetap lain dugaan nya....

Dugaan belajar setiap orang lain lain. Masing masing ada dugaan tersendiri. Walaupun sama universiti tetapi lain kos, tetap lain dugaan nya. Walaupun sama kos tapi orang lain lain , tetap tak sama dugaan nya. Tapi yang kita tahu dan harus pegang, setiap dugaan yang di berikan oleh ALLAH S.W.T kepada hambaNya setimpal dengan kekuatan ummatNya. Kalau dugaan tu kita rasa berat, sebenarnya kita mampu menggalasnya. Allah berikan dugaan bukan untuk membebankan, tidak lain selain dari menguji keimanan seseorang.

Dugaan aku ? bukan tak boleh nak tanggung, cuma untuk simpanan dalam blog ni. Jadi student design ni tak semudah yang dijangka. Berbeza dengan zaman diploma pembuatan dulu. Kalau dulu masuk kelas, kita lumba sampai baling lama boleh duduk atas kerusi. Maknanya kelas kebanyakan nya lecture dan duduk melangut sambil lecturer mengajar. Ada yang tidur tu cerita lain lah. Lepas habis lecture, balik rumah, tidur. Assignment ? hehe paham paham sendiri. Kadng ada assignment kadang tak da. Kalau ada pun anggap ja macam tak da.

Sekarang dah jadi budak design, memang assignment sendiri sendiri kena buat. Takkan nak tiru kot, memang kerja sia sia la kalau tiru. Dah otak pun lain lain kan, takkan kau nak hasilkan sesuatu yang sama dengan kawan kau. konfem konfem terkantoi. Kalau tak fikir kantoi pun, fikir macam mana kau nak adapt idea kawan kau masuk dalam kepala otak kau. Memang sah sah dah tak boleh terima. Melainkan kawan kau buat dari awal sampai akhir kerja kau. Tapi ada pulak kan kawan yang sanggup buat kerja untuk kau sampai macam tu. Kirim salam lah. Ni bukan sekolah rendah.

Kadang kadang tak tidur malam tu biasa. Memang biasa untuk semua student. Ttapi student tidur lambat atas beberapa sebab, 1 sebab esok ada test 2 sebab main game Dota dan sebagainya 3 sebab tengok movie korea dan yang keempat ni aku, tak tidur sebab siapkan drawing, poster, projek kayu, kosong foam, lilit structure dawai dan sebagai nya. Hah, kau sanggup ?

Tapi apa apa pun aku seronok dengan kos ni sebab tak banyak pakai otak kau nak kena hafal benda yang tak guna dalam pekerjaan tu. Buat penat ja hafal, lepas final exam aku lupa semua. So macam tak ada function. Kalau projek, kau akan ingat A sampai Z apa yang kau buat, macam mana nk buat, apa akan jadi, macam mana proses, benda tu untuk apa dan sebagai nya. Memang nak cakap A sampai Z kau boleh hadam semua tu mustahil. Tapi sekurang kurangnya kau dapat la A B C D E F G H I J K L M sampai N kan. Yang selebihnya boleh cari sendiri. Abang google kan ada, tanya la.


Semalam tak tidur sebab siapkan poster ni la. Sebenarnya part dah buat lama, cuma nak siapkan poster ja. Ingatcepat rupanya bukan mudah nak combine combine semua ni, Tambah buat dengan kawan kawan, yang tu laptop problem, yang tu software problem jadi masing masing tak tidur sampai lah semua siap. OK, malam ni sambung tak tidur lagi, siapkan board projek dan lain lain. Lepas tu lusa test lagi, hantar assignment belambak, lab report.

Yeahhh keep strong bebeh ! yukenduit !!

You Might Also Like

1 comments

ShopLinks

babab.net