Followers

LATE NIGHT BROCOLLI SALAD

Sebenarnya bukan lewat sangat pun tapi memang petang tadi aku tak makan malam, jadi nya pukul 10 malam perut dah mintak nak kena isi. Biasan...

Sebenarnya bukan lewat sangat pun tapi memang petang tadi aku tak makan malam, jadi nya pukul 10 malam perut dah mintak nak kena isi. Biasanya normal lah aku masih dekat kedai makan pukul 10. Masih lagi senang hati makan nasi walaupun waktu makan malam dah lama tamat. Well, who care .

Sekarang musim study week, jadinya kawan kawan aku masing masing tak hiraukan pasal makan. Sepatutnya tak boleh ya kawan kawan. Makan tetap kena makan, study, study jugak ye. Malam ni macam diam je semua, tak ada yang ajak makan, masing masing menghabiskan maggi yang masih dalam stok kan.

Then, aku pergi selongkar dapur. Tengok ada lagi sayur semalam. Ubi kentang dan telur. Kaching! dapat idea nak main campak campak. Aku jenis yang tak kisah makan apa, campak apa pun dalam kuali. As long as benda tu makanan yang boleh dimakan, i will.

Taraaaa.. Jadilah brocolli salad + potato + telur.


Yay or Nay untuk salad ni ? Pahit ? of cos tak pahit sebelum jadikan salad ni, rebus dulu sikit, jangan lama sangat, nanti hilang lah zat zat dan nanti jadi lemau. Ubi kentang pun rebus dulu. maaf malas melampau sampaikan ubi kentang pun tak kupas dulu. Basuh bersih bersih okay lah tu. Then buat telur hancur letak cili sikit kalau nak pedas. Masukkan balik kentang dan brocolli tadi supaya sebati dengan telur. Siap untuk dimakan. Nyum nyum. Kenyang perut senang hati dengan hidangan sihat ni.




You Might Also Like

2 comments

ShopLinks

babab.net