NETKL DAH HANTAR EMAIL CINTA

Ingat yang bercinta saja ka yang dapat surat cinta ? Yang tak bercinta pun dapat tau. Siap email cinta lagi tu. Terima kasih NetKL ker...



Ingat yang bercinta saja ka yang dapat surat cinta ? Yang tak bercinta pun dapat tau. Siap email cinta lagi tu. Terima kasih NetKL kerana tak jemu mengingatkan aku untuk renew domain. Untung pilih NetKL, tak ada lah tiba tiba blog aku hilang tanpa ada sebarang peringatan. Sebelum ni pun NetKL dah hantar email peringatan, cuma kau yang tak bayar lagi. Ini kali kedua. Bukan malas bayar, cuma online banking aku tak boleh buka kena blok. Sebab utamanya aku lupa password dan cuba banyak kali sampai kena blok. Terpaksalah aku renew balik. Sampai sekarang aku belum renew. 

Rupa rupanya dah dekat setahun blog ni bernama aswaleyla.com. Dah lama blog ni beranak cuma tahun lepas baru dapat surat beranak yang sah. Selama ni pakai blogspot. Blogspot pun okay cuma untuk memastikan blog kita tidak dipadam dengan sewenang wenangnya, makaharuslah kita bertindak lebih awal dengan bertukar kepada domain. Murah je aih, jangan nak kedekut sangat. Bukan bayar bulan bulan pun. Setahun sekali ja. 

Lepas tukar domain tahun lepas, aku berazam nak blogging betul betul lah. Tapi azam cuma tinggal azam, seorang leyla tetap malas nak update blog hari hari. Sepatutnya aku lebih beri komitmen tapi tetap abaikan. Jadi azam tahun kedua kena lebih kuat lah. EH, jangan kat sini, nanti buat entry happy birthday dekat blog aswaleyla dot com ni. Macam macam azam aku nak tulis nanti. 

Untuk entry ni, terima kasih kepada NetKL kerana memberi peringatan dan terima kasih kerana berkhidmat dengan baik sepanjang aswaleyla ber domain. Muah sikit untuk NetKL. 

You Might Also Like

0 comments

ShopLinks

babab.net