Followers

RESEPI AYAM BUTTERMILK

Ni kali pertama aku cuba masak ayam buttermilk ni. Boleh jugak nak buat udang buttermilk. Rasa dia aku suka, Ala-ala cheezy macam tu, ada...


Ni kali pertama aku cuba masak ayam buttermilk ni. Boleh jugak nak buat udang buttermilk. Rasa dia aku suka, Ala-ala cheezy macam tu, ada pedas pedas sikit sebab tambah cili. Resepi ada kat bawah ni ya.

Bahan-bahan ::

Ayam
Tepung ayam kentucky
Telur
sedikit garam
sedikit gula
1/2 tin susu cair (kalau nak kuah banyak, lebihkan susu cair)
3 sudu butter
Daun Kari
3 biji bawang merah (- hiris atau potong dadu)
1 ulas bawang putih (ketuk2 jer)
cili api hijau (suka hati nak pedas mana)
Minyak untuk goreng ayam

Cara-cara ::

Pecahkan telur kacau, gaul ayam dalam telur.
Salut ayam tadi dengan tepung kentucky dan goreng garing.
Lepas dah siap goreng, ketepikan. Kita buat kuah pulak.

Untuk kuah,
Masukkan butter, aku pakai buttercup, biarkan butter betul betul cair.
Tumis bawang dan cili dan daun kari dengan butter sampai naik bau dan bawang garing
Masukkan susu cair. biarkan sehingga susu menggelegak. kalau nak pekat, biarkan lama sikit, kalau nak kuah cair, masukkan air.
Letak garam dan gula secukup rasa.
Masukkan ayam tadi dan gaul sebati. Siap !

Selamat ber ayam buttermilk ya. Selamat mencuba !


You Might Also Like

1 comments

ShopLinks

babab.net