SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU DUNIA

Assalamualaikum cikgu-cikgu dan anak anak murid semua. *late post sebab internet cam siput. belum basi lagi kan hari guru?  Hari hari hari...

Assalamualaikum cikgu-cikgu dan anak anak murid semua.

*late post sebab internet cam siput. belum basi lagi kan hari guru?  Hari hari hari guru kan ..



Entry ni khas untuk cikgu cikgu yang pernah mengajar seorang leyla sehingga sampai ke tahap sekarang. Cukup besar ilmu yang diberi sehingga aku mampu menjejakkan kaki ke menara gading(universiti)

Cikgu yang pertama yang muncul dalam hidup aku adalah ma dan ayah. Sebelum cikgu mengajar aku ABC, ma dan ayah dah ajar aku dulu ABC. Ma dan ayah yang ajar aku bercakap sehingga aku mengenal benda paling basic dan paling penting dalam hidup. Seperti ? pandai sebut "ma" dan "ayah". Paling basic dan paling penting dalam hidup. Sebenarnya banyak ilmu yang aku dapat bukan dari sekolah, sekolah tak ajar ilmu am, cuma mengajar ilmu pelajaran. Dengan mulut tak pernah berhenti dan ingin tahu, "ma tu apa?" "ma kenapa macam tu ?" "ayah, apa dia buat tu ?" "ayah kenapa dia buat macam tu ?" "Ma ayah, kenapa bangunan ni tinggi?" Semua tu ma dan ayah jawab dengan ilmu. Terima kasih cikgu ma dan cikgu ayah.

Lepas tu cikgu sekolah, Guru besar cikgu Lah, cikgu ardi, arwah cikgu shahabudin, cikgu zaki, cikgu yahya, arwah cikgu athabari, cikgu mahadi, cik midah, teacher wati, teacher Da, teacher zarina, cikgu irwan, cikgu nik, ustaz shahriman. Ramai lagi la barisan cikgu sekolah rendah yang mengajar dan memberi ilmu tanpa pernah berkira. Zaman ni paling aku seronok belajar, tidur bangun aku belajar dan main. Banyak kenangan di Sekolah Kebangsaan Pak Ba merangkap kampung tercinta. Masa tu ada ja dapat tawaran sekolah bestari, tapi ayah memang tak bagi sebab dia nak aku berjaya atau tak, dekat sekolah tu. Berjaya atau tak, tetap bawa nama sekolah kampung tu. And im proud with it. Bangga dengan pendirian ayah.

Lepas tu Sekolah Sains Dungun. Alhamdulillah dapat sambung SBP. Mulalah saat saat berjauhan dengan keluarga. Hari hari nangis kau. Lama lama dah jadi biasa. Terima kasih cikgu hafiza, cikgu latifah, ustaz syuk, cikgu zarina, T,suria, T. nora, cikgu rohaya, cikgu kairi, cikgu khary, sir amin,sir syed hamid, Cikgu Latifah. Ramai lagi tak boleh nak ingat, dah tua, nyanyuk tu selalu datang tanpa diundang. Maaf cikgu cikgu. Terima kasih kerana mengajar saya ilmu yang lagi extreme dari sekolah rendah.

Universiti Malaysia Perlis, Terima kasih barisan lecturer Cik sue, Puan kartini, Puan diyana, Puan design, Sir amarul, Sir ikman, dan ramai lagi lah. Tengah nyanyuk ni. Termasuk semua pihak universiti yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung sepanjang pembelajaran saya.
Kepada pihak markas Palapes yang memberi ilmu ketenteraan walaupun cuma terampau sedikit ilmu yang diserap berbanding yang diajar dan kalau nak banding dengan ilmu ketenteraan sebenar memang seperti langit dengan bumi lah. Apa pun masih mampu serap dan jadikan sebahagian dari diri ni walaupun tak sepenuhnya. Terima kasih pihak markas.

Terima kasih dan halakan semua ilmu yang telah dicurahkan kepada seorang leyla. Semoga seorang leyla menjadi insan yang berguna kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Amin YaRobb.

You Might Also Like

0 comments

ShopLinks

babab.net