Followers

STUDY WEEK BERMULA

Assalamualaikum, Study week dah bermula minggu ni dan aku masih lagi blurr dan belum belajar. Tapi sibuk mengemas barang nak balik kampung...

Assalamualaikum,

Study week dah bermula minggu ni dan aku masih lagi blurr dan belum belajar. Tapi sibuk mengemas barang nak balik kampung. Biasanya study week aku akan habiskan masa dekat universiti sambil acah acah study. No vacation macam kawan kawan yang lain. Aku pun tak paham macam mana orang boleh pergi vacation time study week. Konon release tension sangat padahal lagi tension susah hati bila kawan kau dah study banyak tapi kau masih bermain buih ombak di persisiran pantai.

Tapi sem ni aku kena balik sekejap sebab peraturan universiti untuk kosong kan semua barang dalam bilik. Jadi barang aku memang banyak menggunung, kena bawak balikseparuh separuh. Dan mapun dah bising duk tanya bila nak balik memandang last aku balik pun time mid sem hari tu. Uish agak lama aku tak balik kampung. Biasa lah aku dilanda kesibukan melampau.

Alhamdulillah final exam aku cuma 2 paper dan habis awal dari orang lain. 9 hari bulan 6 aku dah boleh chow balik kampung. Masih la berbaki 2 minggu lebih untuk aku puasa dekat rumah. Boleh la buat kuih raya. Hahaha. Acah acah buat kuih raya padahal manik baju pengantin banyak yang tengah menunggu untuk dijahit. Kena mintak upah dah duit raya lebih kalau macam ni. Memandangkan cuti sem ni aku nak pergi mengembara. Bila fikir pasal vacation ni, aku tetiba happy tapi takut. Takut ma tak bagi pergi. Ya Allah bukakan lah hati ma dan ayah untuk izinkan aku travel kali ni. hehehee. Mudah mudahan ma bagi lah. Risau tak keruan dah hati ni.

Apa pun yang dah start study week tu, study lah ya. Jangan mengular je lebih. Yang belum mula tu bertabah lah ya puasa lama lama kat universiti. Best of luck untuk semua yang akan menempuh final exam, dongibab jasduit !

Pack barang tak sabar nak balik kampung

You Might Also Like

2 comments

  1. Bestnya nak balik kampung ya.. :)

    ReplyDelete
  2. hahaha..masa stady week cik en enjot dulu.. hihi.. rlekskan fikiran.. pastu bru stadi

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net