WHOLEGRAIN TOAST WITH CRAMBLED EGG

Assalamualaikum. Lama tak update blog. Fuh fuh. Tak de idea nak update dek kesibukan harian sebagai pelajar. Ini betul betul sibuk tau. Buk...

Assalamualaikum.
Lama tak update blog. Fuh fuh. Tak de idea nak update dek kesibukan harian sebagai pelajar. Ini betul betul sibuk tau. Bukan sibuk tidur.

Disebabkan aku seorang student yang tinggal di asrama, nak memasak tu memang terhad lah. Aku pulak kalau dekat asrama, jenis suka buat breakfast sendiri. Tapi kalau kat kampung kirim salam lah, nenek aku awal awal pergi beli breakfast dekat kedai kopi depan rumah. Aku bangun, breakfast dah ada ok.

Jadi dekat sini, aku buat breakfast simple simple ja. Simple dan senang, yang pasti sedap dan mengenyangkan perut tong aku ni.

Tadaaaaaa.... wholegrain toast with crambled egg. Memang super simple. Mudah ja nak buat, bakar roti dengan sapuan planta sedikit. Lepas tu buat crambled egg, kacau kacau dalam kuali pun dah siap. Jangan buat kering sangat nanti kering dan membosankan. Ikut citarasa tekak masing masing lah ya.

Wholegrain toast

Crambled egg


Wajah gembira lepas siap breakfast. Seorang aswaleyla yang tak boleh tinggal breakfast. Kalau tak breakfast hidup hilang arah seharian. Ok lebih lebih. Selamat pagi dan selamat bersarapan semua.. IloveUAlls..


*P/S lepas makan basuh pinggan, nanti housemate marah. ops.

You Might Also Like

0 comments

ShopLinks

babab.net