Followers

PROJEK BISKUT RAYA: BISKUT SARANG SEMUT

Assalamualaikum. Projek kuih raya aku berjalan dengan lancar. Baru satu jenis biskut raya yang siap. Lepas ni biskut lain pulak menyusul. ...

Assalamualaikum.

Projek kuih raya aku berjalan dengan lancar. Baru satu jenis biskut raya yang siap. Lepas ni biskut lain pulak menyusul. Memandangkan tahun ni banyak masa aku dekat rumah, hamper sebulan aku berpuasa di kampung. Cuma sempat berpuasa di Perlis 5 hari. Masih diberi peluang untuk berpuasa bersama ibu pada itu dah cukup satu nikmat.



Meh aku kongsikan resepi biskut sarang semut ni. Mungkin resepi yang dikongsi agak lambat tetapi boleh digunakan untuk tahun tahun akan datang, in shaa Allah. Adunan ni aku dapat dalam 110 biji macam tu.

Bahan-bahan
150gm mentega (aku pakai buttercup)
50gm gula aising
1 sudu teh esen vanilla
150 tepung gandum
100gm tepung kastard
30gm tepung jagung
½  sudu teh baking powder
Cawan kertas secukupnya
Bahan hiasan:
Coklat rise warna warni

Cara-cara:
1. Satukan tepung gandum, tepung kastard, tepung jagung dan baking powder. Ayak.
2. Pukul mentega bersama gula aising dan esen vanilla hingga sebati. Agak agak mentega dah bertukar warna jadi putih.
3. Uli tepung yang diayak tadi bersama adunan mentega sehingga menjadi doh.
4. Parut doh tadi mengguna kan alat pemarut.
5. Ambil doh yang diparut menggunakan garfu dan isi kedalam cawan kertas. Taburkan coklat rise.
6. Bakar di dalam oven yag dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 1600c selama 20-25 minit.
7. Sejukkan dan simpan ke dalam bekas kedap.

Untuk pemarut, aku pakai pemarut macam ni. Jangan parut terlampau halus dan terlampau tebal.


Kalau doh terlampau lembik, simpan dalam peti ais dalam 10 - 20 minit macam tu. Bagi keras sikit baru senang nak parut.


Ok setakat ni dulu resepi kali ni. Lepas ni kalau sempat aku upload lagi resepi lain. In shaaAllah.

You Might Also Like

4 comments

  1. Sedapnya. Tp mcm x rajin nk buat pulak. Hehe... Jemput singgah

    http://ciklapunyabelog.blogspot.my

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap. Ada satu biskut tu saya minat. Rupanya macam ni takut guna cornflakes. Ada letak madu sekali. Diari Mommy Muhaimin

    ReplyDelete
  3. wooo guna pemarut rupanya hehe.. dulu pernah la tolong mak buat sekali..
    pakai garfu masa tu carik2 ball yang kita da bentuk.. jadi jugak tapi x secantik macam kat atas hehe..

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net