Followers

RAMADHAN BLOGGER CONTEST LAZADA

Assalamualaikum dan salam ramadhan semua. Macam mana dengan persiapan raya? semua dah siap kah ? baju kasut semua dah beli ke ? Apa apa pun ...

Assalamualaikum dan salam ramadhan semua. Macam mana dengan persiapan raya? semua dah siap kah ? baju kasut semua dah beli ke ? Apa apa pun jangan berlebihan dalam menyediakan persiapan raya ya. Tak elok berlebih lebihan sangat.

Sempena ramadhan dan bakal syawal ni, Lazada mengadakan satu contest khas untuk blogger. Seperti biasa lazada memang suka buat contest untuk para blogger. Untung blogger kan. Ada rezeki, boleh lah menang contest Lazada. Aku pun turut sama join contest Lazada tanda support dan mana lah tahu ada rezeki menang kan. Ahak. Jom la kita join sama-sama. mana tahu ada rezeki sama sama kan...


Okay, disuruh senaraikan 10 barang yang kita nak untuk ramadhan. Kalau suruh 100 pun boleh kalau bab shoping ni. Eeh eh, dah bagi betis nak peha pulak, bagi senarai 10 nak 100 pulak. OK, ni senarai 10 barang yang aku nak untuk ramadhan ni.


Portable Mini Electronic Digital Pocket Jewelry Scale Balance LCD 


Yang ni paling wanted sekarang ni. Dalam minggu ni aku nak siapkan 2 3 jenis kuih raya. Tapi penimbang dekat rumah hanya ada yang jarum manual punya. Bukan yang jenis digital. Tahu saja lah kan kalau pakai manual, tertonggeng sana sini nak tengok bacaan betul ke tak. Last last kena parallex error jugak. Aisehh siap parallex error bagai pulak kan. Kalau ada yang digital ni senang la sikit. Tak ada lah terlebih bacaan nanti.


Set of 3 Tiers Cake Plate Stand Handle Fitting Party Crown Rod Gold  

Berkenan pulak dengan cake plate ni. Boleh lah nanti buat kek susun kat atas ni. Baru nampak cantik dang menyelerakan. Atur puding pun boleh ni. Boleh buat dessert untuk raya nanti. Susun-susun atas ni konfem ramai yang nak makan. hehehe


OEM Modern 12-piece 3D Mirror Hexagon DIY Mural Wall Sticker Decals Room Home Decor 

Wall sticker ni nampak cantik dan modern. Yang penting boleh baiki, tiup tiup tudung depan ni. Well, cermin dengan perempuan tak dapat dipisahkan. Okay lah dapat stiker macam ni. Tak payah nak gantung cermin berat berat kat ruang tamu. Nampak cliche sangat. Kalau sticker macam ni nampak rare tau. Kau hado ?


Sweet Home Style White Wall Mounted 4 Hook Storage Shelf Organizer Clapboard Rack Wall Hanging Home Wall Decor

Yang ni aku nak gantung dalam bilik aku. Sekarang tengah buat improvement dalam bilik tidur, jadi rak ni memainkan peranan penting untuk aku susun novel dan buku buku dengan lebih teratur.


7 Color Ultrasonic Home Aroma Humidifier Air Diffuser Purifier 

Alangkah best nya kalau ruang diwangikan oleh home aroma ni. Hilang semua stress yang tersimpul dalam fikiran. Kalau bulan ramadhan rumah sentiasa harum dan tenang macam ni. Nak rehat dan beribadat pun rasa selesa. Kalau raya dengan kewangian macam ni. Jiran-jiran pun suka bau ruang rumah kita. Tetamu pun rasa senang dan selesa.


TongLuRen NGGX0034-B High-Heel Sandals Women Fashion Shoes Simple Belt Buckle (Black)

Satu benda yang aku belum beli dan rasa macam tak beli dah kot untuk raya kali ni tapi dalam hati nak kasut raya. Huaaarrgghh....  Kenapa lawa sangat kasut ni, Nanak !


Perfect Lighting 100 Warm White LED Indoor Fairy Lights On Clear Cable String Lights with 8 Function Controller, 32.80ft


Lampu lip lap untuk raya nanti.


Mu Shilin Hui ethnic style of the new style of the fight to fight the color of the lace dress skirt (Black) 

Tambah koleksi raya sikit lah. hehehe.


Shake N Take 3 Juice Smoothie Blender with 2 Sport Bottles (Purple) 
Dah lama dah teringin yang ni. Kalau dapat ni memang shake shake la uols.


Bayers 3 in 1 Waffle- Donut & Sandwich Maker CM-83
Ok, yang ni last. Waffle maker ni kalau ada memang bervariasi lah sarapan sekeluarga. Macam macam la aku buat nanti ni. ermm.

Jadi tunggu apa lagi. Cepat cepat lah join blogger semua. Rezeki tak datang bergolek tanpa usaha kan. Usaha la sikit tulis entry untuk menang contest Lazada ni. Harap rezeki menyebelahi kita semua. Aminn.

You Might Also Like

1 comments

  1. Semoga berjaya lela
    Jom singgah ke akukaudansesuatu.blogspot.my

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net