Hari Raya Pertama 2016

Fuh fuh. Baru sempat nak update blog. Dah masuk 5 hari raya dah. Bukan sibuk beraya tapi sibuk majlis kahwin sana sini. Ramai sangat orang ...

Fuh fuh.
Baru sempat nak update blog. Dah masuk 5 hari raya dah. Bukan sibuk beraya tapi sibuk majlis kahwin sana sini. Ramai sangat orang kahwin dan memerlukan khidmat mat andam dan aku turut terjebak sama sebagai photographer yang tak berapa nak tauliah ni. Tak apa la, ambil sebagai kenang kenangan kan, bukan profesional sangat. Nanti aku update lah sikit gambar gambar nya ya. Next entry.

Raya ampa semua macam mana ? Ok dak ? mesti lah okay kan, semua sanak saudara dapat berkumpul beraya kan. Aku ni memang sorang la, harapkan ada adik beradik belah ayah. Ada sepupu kat rumah. Merasa lah ada yang kecilkecil kan. Kalau tak memang kami ja la kat rumah.


Tema raya ampa warna apa tahun ni ? Ni raya kami, tema hijau dan biru turquoise. Hijau dibaju biru ditudung. Macam lawak pulak pakai macam ni, macam nak bernasyid, Tapi memang selalu macam ni pun cuma biasa warna ja sama, jenis baju lain, Tahun ni ja sama. Sebenarnya tema warna nude tapi jadi warna ni, sebab tu nenek je lain, sebab beli kain nenek warna coklat. Kesian nenek je lain sorang.

Awal pagi elok kita bermaaf maafan dulu dengan mak dengan mak ayah. Mintak ampun sebab banyak buat dosa. Macam iklan TNB, kak na mintak maaf sebab dan banyak menyusahkan ayah.
Lepas tuuu.
Lepas tuuu.
Lepas tuuu.
Lepas tuuu.
Lepas tuuu.

Lepas tuuu. Ayah maafkan kak na.

Hehehe.Buat cerita sendiri kan.


Dengan ma pun banyak menyusahkan jugak. Dah besar panjang pun duit ma ayah bagi lagi. Tu lah dilema bila umur dah meningkat dewasa dan mak saudara lain dah boleh bagi duit kat mak ayah tapi aku masih mintak duit dengan mak ayah.


Anak buah yang aku banyak kali jugak aku jadi baby sitter nya. Sebab kadang kadang mak mengasuh dia ada kerja. Buas betul budak ni. Tapi kalau dengan aku, aku tahu nak buat apa nak bagi dia jadi budak baik. Sorang lagi tu kakak nya yang cukup bagus settle kan adik. Sampai adik buang air besaq pun dia tolong cuci kan. Kakak mana yang boleh buat macam ni kan. Susah nak cari. Lupakan muka yang berjerawat tu. Tu kawan aku, jangan usik.


Barisan mak sedara yang dah kerja. Kadang kadang jeles tengok diorang dah ada duit sendiri. Tapi sabar je lah, habiskan belajar dulu. Tak lari duit dikejar. Nanti dah habis belajar baru seronok nak berbelanja. Nanti budak budak datang raya kat rumah, salam dengan kak na, kak na bagi duit raya. Ececeh. tak sabar nak buat macam ni.


Selfie dan selamat hari raya semua! 

You Might Also Like

1 comments

  1. Wahh awak photographer rupanya :) Nice lah.. Nanti update lah hasil kerja awak kat sini. Teruja nak melihatnya.. Suka tengok gambar 😊

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net