Followers

MENU TENGAHARI SAMBAL TUMIS PETAI

Assalamualaikum. Siapa kat sini suka makan petai ? yang tak suka  makan petai berapa ramai? Yang tak suka tu, boleh la cuba makan, con...

Assalamualaikum.



Siapa kat sini suka makan petai ? yang tak suka  makan petai berapa ramai? Yang tak suka tu, boleh la cuba makan, confirm you will fall in love with petai. Gituh ! Tapi serius lah, cuba dulu mesti anda semua akan suka. Yang aku tahu blogger irine nadia suka sangat buat tumis petai ni, selalu buat terliur dekat ig dia.

Ok, kalau nak makan petai ni, makan lah time tengah hari, jangan makan malam sebab akan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan bila bangun pagi esok, kalau makan tengah hari, boleh lagi makan chew gum ka, gula gula ka nak bagi pulih bau kaw petai ni. Jangan pulak makan time puasa, bau dia bertambah kaw lah kalau time puasa sebab mulut kita tak makan apa apa. Lepas makan terus berus gigi ya.

Bahan bahan sambal tumis petai

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
lada mesin
1 ulas bawang holland (potong bulat bulat)
Cili besar (potong serong)
sekeping asam keping
petai secukupnya
udang secukupnya
ikan bilis (tapi aku tak letak sebab tak ada ikan bilis)
garam dan gula secukup rasa

Cara cara sambal tumis petai

1. Blend bawang merah, bawang putih dan halia
2. Tumis bahan yang di blend sampai naik bau dan keperangan.
3. Masukkan lada mesin, dah tumis sampai pecah minyak,masukkan asam keping, tambah air sikit kalau nak berkuah.
4. Masukkan udang dan bilis, sampai udang masak atau berubah warna.
5. Masukkan petai, tumis sampai masak. Masukkan cili besar dan bawang holland yang dah dipotong. Tambah garam dan gula secukup rasa.
6. Siap untuk dihidangkan.

Sedap kan ? nampak pun dah terliur, betul tak ?

Cepat cepat masak untuk makan tengah hari nanti. Happy Lunch ya semua.

You Might Also Like

3 comments

  1. wow leyla, mata petai tu bukan main sado2 lagi..sedapnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak ana, mata petai sebelah rumah ni. ada pokok petai satu. mata dia mmg sado2

      Delete
  2. Reen tak makan petai.. Kalau masak macam ni, petai Reen akan asingkan sblum makan. Hihi Reen singgah, komen dan follow blog 😘

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net