GENAP SETAHUN DITAULIAH LEFTENAN MUDA

Alhamdulillah pejam celik pejam celik, dah setahun aku pegang 1 paku. Dah setahun aku bergelar leftenan muda. Dah setahun aku satu stage ...


Alhamdulillah pejam celik pejam celik, dah setahun aku pegang 1 paku. Dah setahun aku bergelar leftenan muda. Dah setahun aku satu stage dengan blogger Putery Memori. Eh eh. Kalau korang perasan yang bagi scroll dekat Sultan Selangor tu blogger Putery Memori taw. Terkejut jugak aku bila tengok balik gambar ni. Tak sangka berjodoh atas stage. Hehehe. Ok, lupakan pasal tu.

Teruja dengan setahun ni? Bangga? Tak la, cuma kagum dengan diri sendiri ja. Bukan nak show off ka apa entry ni. Cuma sebagai simpanan masa depan sahaja. Lepas aku bergelar pegawai ni, masih lagi diberi peluang kesihatan untuk aku sertai Latihan latihan Palapes. Sebagai pegawai la, pantau kadet pulak, kadang tak sampai hati nak marah kadet macam mana aku kena marah dulu. Tapi kalau ada 1000 orang macam aku, tak ke askar jadi pondan nanti? Manja kan sangat, aku tak suka dimanja sangat. tengok keadaan  jugak la kalau nak manja manja pun.


Sebelum melangkah masuk padang kawad hari jadi. Cari lah aku kalau jumpa.Hahahaha. Cari yang paling arang tu aku lah.


Alhamdulillah sepanjang 2 minggu jadi sotong kering,, cuma seorang dari skuad kami yang tumbang. Yang pengsan tapi tak serius. Masih boleh teruskan. Tips dia minum air banyak, Malam tu wajib water drill bermaksud, minum air 1 litter atau lebih sebelum tidur dan minum air rendaman buah kembang semangkuk, konfem tak pengsan. Fungsi kembang semangkuk ni nak sejukkan badan walaupun tengah panas dan kuatkan otot kaki. Betul tak tipu, sangat menjadi. Kitorang semua minum.


Lepas dah jadi pegawai. Hah, garang akak ni. Tak garang pun aih, cuma acah acah garang supaya adik adik dengar cakap. Kalau baik sangat nanti bodek macam macam depa ni. Apa apapun aku suka snagat sertai Palapes ni. Sikit pun tak ada penyesalan. Yang nak masuk tu tak payah la fikir dua tiga kali. Seronok join ni. Banyak aktiviti yang kita boleh buat. Banyak uji ketahanan mental dan fizikal. Tak pe, tu entry lain nanti ya.


You Might Also Like

0 comments

ShopLinks

babab.net