MY STUDENT LOANS

Tak dinafikan ramai yang mengelak untuk meminjam daripada pihak PTPTN untuk menampung pembelajaran, tetapi untuk yang tidak berkemampuan, in...

Tak dinafikan ramai yang mengelak untuk meminjam daripada pihak PTPTN untuk menampung pembelajaran, tetapi untuk yang tidak berkemampuan, inilah satu satu nya peluang yang ada untuk sambung pengajian daripada terus membebani keluarga dengan kos pembelajaran yang tinggi. Pembayaran PTPTN yang banyak ditambah dengan bunga yang agak tinggi membuatkan ramai yang trauma dengan PTPTN. Mungkin satu hari aku turut trauma dengan PTPTN ni, tapi apa boleh buat.

Masih banyak pinjaman lain yang boleh dibuat seperti MARA, JPA, YAYASAN NEGERI dan macam macam lagi. Tapi untuk menunggu permohonan diterima agak susah kerana mempunyai ciri ciri kelayakan yang tinggi dan ditapis agak terperinci untuk membuat pinjaman. Bagi aku PTPTN antara pinjaman pelajar yang paling senang dipohon dan paling susah nak bayar balik. Hehehe, ampun ampun.

Ibu bapa aku awal awal dah pesan,” nak belajar, buat pinjaman sendiri dan dah kerja nanti bayar lah dengan gaji, jadi kena belajar lah elok elok dapat gaji tinggi baru senang nak bayar nanti”. Tak payah nak bergantung dengan keluarga sebab kadang kadang keluarga bukan sentiasa senang nak bekalkan duit belajar, untuk tambah sikit sikit tu boleh la. Pening juga kadang kadang fikir macam mana nanti nak bayar balik PTPTN yang tambah tolak nya hampir 50K, omakkau ! tolong jangan terkejut plis plis.

Apa apa pun harapnya aku boleh habiskan sem ni dengan jayanya dan dapat kerja senang, boleh la bayar PTPTN cepat sikit. Tapi apa yang aku lebih harapkan ada lah Graduation dengan first class dan convert PTPTN jadi biasiswa. Oh, alangkah bahagianya kalau macam ni.

Untuk adik adik yang nak ambil pinjaman PTPTN tu tak payah lah trauma sangat, nanti dah kerja bayar lah, lebih baik kita yang susah daripada mak ayah kita yang susah kerja siang malam untuk tamping pelajaran kita dan adik adik yang lain. Apa kata kita pulak yang berkorban untuk mereka. Lain lah kalau mak ayah awak tauke balak, kaya raya, taka pa lah tak buat pinjaman pun, siapa lagi nak habiskan duit depa kalau bukan hampa dak ? hehehe.

Untuk yang nak daftar PTPTN, beli no pin dekat BSN dulu ya, tak payah pergi kaunter, pergi ATM pun boleh dapat pin ni. Berapa ringgit tu aku dah lupa, dah lama sangat dah mohon dulu. Lepas tu isi online, lepas dah status dah lulus, baru print lampiran dan isi lampiran dengan betul dan tak ada potong potong semua. Sign belambak lambak dekat borang akuan. Jangan lupa beli setem hasil 2 keping ya. 1 RM10. Yang penting isi online dan status lulus ja. Yang lain biasa nya universiti masing masing akan bukak booth PTPTN kat college untuk settle kan semua hal hal PTPTN ni. Pegawai PTPTN ni datang dekat university masing masing. Ok, itu aja nak cakap pasal Pinjaman Pelajar yang aku pilih ni. Harap hampa boleh buat keputusan yang paling tak menyesal lah untuk pinjaman sambung belajar ni.


QUESTION : Kalau dah pinjam PTPTN, boleh tak mohon biasiswa lain?

Boleh ja, pohon la berapa banyak yang ampa nak. In Shaa Allah dapat mana 1.

QUESTION : Macam mana kalau dah apply PTPTN dan dah dapat duit PTPTN tapi dapat biasiswa lain? Nak pilih macam mana atau tak boleh terima biasiswa lain?

Boleh call pihak PTPTN dan buat pembatalan pinjaman, dan ampa kena bayar balik la jumlah yang ampa pernah dapat tu, tak payah payah bayar semua rasanya.

QUESTION : Macam mana kalau Diploma dah buat pinjaman, lepas tu nak sambung untuk Degree, kena bayar balik yang diploma dulu ka?

Tak perlu pun, Cuma perlu buat penangguhan bayaran balik dan isi permohonan baru, isi dekat akaun yang lama dulu tu, lepas tu boleh buat procedure baru macam biasa. Sebab tu aku punya sampai hamper 50K, sebab campur diploma degree. Nasib badannnnn.

QUESTION : Macam mana kalau lupa password akaun PTPTN ?

Call pihak PTPTN dan tanya password kita tu. Aku pun hari tu lupa, Mana nak ingat dah 3 tahun diploma, baru nak buka akaun PTPTN, sekarang pun aku dah lupa balik.
Nak soalan lagi, tanya kat bawah, kalau aku tahu aku jawab, kalau tak jangan marah, nanti kena jual.

You Might Also Like

9 comments

  1. akk dh trauma giler2 ngn ptptn ni..
    dh 10thn abs blaja thn ni baru start bayar.. tu pon sbb dpt ugutan dr ptptn..
    haha..
    akk bayar dgn cara potong gaji..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sye bakal trauma ni kak. hehehe. rasenya potong gaji lebih baik kot sbb awal2 tak tgk gaji kita masuk. kalau kne p baya sendiri kirim salam la nak byr kan

      Delete
  2. Replies
    1. hai. salam kenal jugak. jap nk p blog W

      Delete
  3. whoahhh PTPTN pun sekarang dah half je kan
    follow sini #284
    follow back and keep in touch :)

    ReplyDelete
  4. Betul awak. Tak payah takut nak ambil PTPTN. Tak dinafikan memang terbeban juga dengan bunga yang tinggi. Tapi itu je cara mudah untuk dapatkan pinjaman belajar. Layan jela ~ kerja nanti sila bayar :)

    ReplyDelete
  5. bagus ni untuk orang yang nak tahu pasal PTPTN. hahaha good luck lela! syok kalau PT tukar jadi biasiswa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann. doakan lela boleh convert jd biasiswa ye kak amy

      Delete

ShopLinks

babab.net