Followers

PERIKSA STATUS IMIGRESEN SEBELUM KE LUAR NEGARA

Siapa kat sini ada buat pinjaman PTPTN dan belum bayar? Ini penting untuk sesiapa yang belum menjelaskan bayaran PTPTN untuk ke luar negara....

Siapa kat sini ada buat pinjaman PTPTN dan belum bayar? Ini penting untuk sesiapa yang belum menjelaskan bayaran PTPTN untuk ke luar negara. Kalau ingatkan PTPTN ni memang rasa terjerut tali hutang di leher lah kan. Aku pun ada pinjam PTPTN jugak tapi masih fikirkan berfoya foya. Muda muda hutang dan berpuluh ribu. Apa boleh buat dah nasib ye dok. Ok, untuk keluar negara, kepada sesiapa yang belum menjelaskan bayaran PTPTN, ada kemungkinan nama anda disenarai hitamkan dan anda tidak boleh ke luar negara dan di sekat di imigresen. Sebelum ianya terjadi, apa kata kita cek dulu status imigresen kita.

Sebab aku pun nak keluar negara walaupun cuma sekangkang kera, tetap nak periksa jugak status walaupun tahu aku dah buat penangguhan untuk pembayaran disebabkan aku sambung pinjaman lagi untuk degree pulak. Tapi hati ni risau jugak kan, cuba lah nasib periksa imigresen ni, bukan kena bayor pun, pree je.

Boleh ke laman web http://sspi2.imi.gov.my/ (klik) dan isi kan no kad pengenalan anda di ruang kosong tu.



Dan hasilnnya. Alhamdulillah masih lulus untuk mengembara ke negara orang.


Jadi ambillah langkah berjaga jaga sebelum ditahan dekat airport, kan naya kena tarik beg balik ala ala akademi fantasia pulak nanti. Apa apa pun jangan lupa hutang PTPTN tetap kena bayor ya. Jangan malas malas nak bayar hutang, nanti kat sana nak jawab macam mana? Ingat ...

You Might Also Like

1 comments

  1. kesian juga pada yg betul2 tak mampu bayar kan...

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net