RENEW PASSPORT DI KUALA TERENGGANU

Nak dijadikan cerita semalam ada janji dengan kawan nak renew passport sama sama sebab nak pergi travel pun sama sama kan. Tak nak menyusah...

Nak dijadikan cerita semalam ada janji dengan kawan nak renew passport sama sama sebab nak pergi travel pun sama sama kan. Tak nak menyusahkan mak ayah dan nak buktikan yang aku dah boleh buat semua benda sendiri dah. Kalau tak memang susah lah mak ayah nak lepas pergi travel kan. Then, kawan aku ada masalah kesihatan dan aku pula jenis kalau aku cakap itu, itu lah aku akan buat. Nak tak nak aku memang nak siapkan passport tu hari ni sebab dah janji dengan ma nak buat ahad then balik rumah sambung buat manik. Jadi aku pun merempit dalam bandar naik motosikal mak saudara aku, belum pernah lagi aku naik motosikal sorang sorang dalam bandar Terengganu. Memang aku tak berapa nak mahir kawasan ni, Kalau datang pun ayah dan ma drive kereta. Aku duduk sebelah tak pun belakang.

Tanya jalan kat ma, aku dah boleh agak jalan nya. Memang jenis ingat jalan sikit aku ni. Lepas tu dah jumpa bangunan kuning, Wisma Persekutuan. Masuk masuk tengok aih, pagar lain ni. Salah masuk wisma Negeri. Tanya memang sah la salah, Buat passport dekat Wisma Persekutuan. 2 kali aku tawaf kat situ lepas tu mengalah penat pusing. Tanya " tak pakai GPS ke dik?" adui bang, nak cari pintu masuk ja bang, pulun sangat nak pakai gps bagai. Dah jumpa pintu pagar masuk walaupun masuk songsang ikut jalan 1 hala. Nasib baik naik moto ja boleh selit selit dan bagi senyuman paling lebar dekat orang yang bawa kereta sebab aku dah buat salah kan.

Dah masuk Wisma Persektuan nak masuk imegresen tengok.......


Aduiii. punya penat aku cari, rupanya pindah ke UTC, Paya Bunga Square. Tak puas hati aku tanya lagi sekali dekat pegawai imigresen tu. Dia confirm kan pindah baru aku ke UTC, Paya Bunga Square pulak.

Pandang bangunan wisma negeri. Hanya bertentangan tapi nal cari pintu pagar mak ai.


Dah sampai sini, alhamdulillah tempat lagi selesa, luas, cepat, ramai pegawai, layanan bagus, tepat masa. Aku suka sangat walaupun ramai. Tak ada lah sampai tahap lambat sangat, cuma kena tunggu giliran masing masing la. Kepada orang Terengganu yang nak renew passport, terus datang ke bangunan UTC Paya Bunga Square tingkat 4 bahagian imigresen ya. Tak payah pergi bangunan kuning tu ya. Dah pindah.


Boring menunggu sebab telefon aku tak ada bateri. Memang menunggu di alam nyata terkebil kebil seorang diri tanpa scroll instagram, twitter dan facebook langsung. Yeahhh, be a real human in real life betul tadi. Time ni ada lagi bateri tapi dah 7 %, tengok lagi sekali dah mampus, baru nak snap dalam bilih persalinan sebab aku kena tukar tudung sebab pakai tudung warna nude, kena tukar tudung sarung hitam. *mencik taw*

Okay, dah siap snap gambar renew semua. Tunggu kejap, dia bagi resit, suruh tunggu 1 jam baru datang collect passport tu. Siap semua pukul 4.48 dan kena datang collect pukul 5.48 petang. Jadi aku pun merayau intai intai kasut kat Arena takut ada berkenan. Kaut ada la berkenan tapi aku tak berkenan dekat pekerja kat situ yang duk berkumpul bisik bisik lepas tu gelak gelak dekat dengan aku. Ingat aku tak ada duit apa nak beli? Sudah nya aku keluar. Tak suka kalau dalam situasi macam tu.

Dah pukul 5.48 datang collect passport. Yeahh dah siap, Taraaa. Ok dah boleh travel.



Harap semua berjalan lancar. Amin.

You Might Also Like

4 comments

  1. selamat bercuti...nak kemana pula tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee.mekasih abg arz. tataw lagi yg mne jadi. nak p mana tataw

      Delete
  2. hehe tahun 2020 baru exp passport :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehhe. agak agak berapa negara mampu pergi smpai 2020 ni

      Delete

ShopLinks

babab.net