WARONG POK NONG CELUP TEPUNG MEMANG TERBAIK

Warong Pok Nong rasanya tak asing lagi untuk orang luar dna orang Terengganu yang sukakan food hunt ni. Tapi inilah kali pertama aku maka...


Warong Pok Nong rasanya tak asing lagi untuk orang luar dna orang Terengganu yang sukakan food hunt ni. Tapi inilah kali pertama aku makan disini walaupun aku dah berpuluh tahun tinggal di Terengganu. Sebab aku memang jarang boleh keluar lepak lepak dengan kawan, kalau nak harapkan mak ayah aku, mereka bukan jenis suka berfoya foya macam ni. Mereka lagi mementingkan masa, datang kalau ada hal penting sahaja. Alhamdulillah semalam diberi peluang untuk rasa sendiri sedapnya celup tepung Pok Nong ni. Dan aku boleh bagi 10 per 10 untuk celup tepung kat sini. Sedap sampai jilat jari haa.

Tapi mula mula sampai sini aku pun macam konfius tengok kereta dekat Warong Pok Nong ni. Kereta banyak macam makan kenduri. Was was jugak nak berhenti. Lepas tu tengok yang tengah beratur nak ambik hidangan celup tepung mak ai, kalau aku memang surrender terus. Memandangkan kawan aku dah parking kereta dan dia macam ta kisah pun ramai, jadi aku ikutkan jua. Tak percaya ramai ? Ni barisan panjang dan barisan ni tak pernah pendek, memang orang akan sentiasa bertambah dan tak akan memendekkan barisan ni.

Meja jangan cakap lah, memang penuh sepenuhnya. Kedai macam biasa ja, tak ada pun hipster, tapi sebab hidangan nya yang lazat, memang Warong Pok Nong ni menjadi tarikan. Bberhadapan dengan pantai pulak, memang best la makan makan kat sini. Kawan aku duk bersembang, sepatutnya Pok Nong dah tambah ruang kedai jadi besar, aku cakap, tu dia dah tambah dengan netting hitam tu. Tak sempat nak nak tambah, orang datang memanjang. 

Berkat kesabaran dapat jugak aku merasa keenakan CelupTepung Pok Nong ni.


Yang best nya tepung ni memang homemade sangat, dan rangup krup krap. Tapi rata rata goreng dekat terengganu ni memang tepung homemade yang sedap, pernah makan sotong celup tepung kat perlis, tak sedap, memang ranggup tapi pakai bahan lain, rasa kembang dalam mulut. Yang Terengganu punya memang terbaiklah. Sotong besar gedabak 3 ekor, udang 6 ekor, ikan 3 ekor. Perghh kenyang.


Ni orang Terengganu panggil colek. Colek ni memainkan peranan penting kalau nak cicah celup tepung dan keropok lekor. Memang tak sama dengan sos cili ka sos tomato. Only in Terengganu je ada colek ni, Homemade punya colek. Kalau tak ada ni memang tak selera nak makan keropok lekor la.


Wajib cuba air batu campur aiskrim dia. Sedap sangat. Harga tak pastu pulak, sebab bayar sekali gus.


Licin kami sapu. Alhamdulillah rezeki dari Mu Ya Allah, boleh la belanja kawan kawan sikit. Dalam rezeki kita mesti ada sedikit rezeki orang lain, ye dak ? Jadi jangan terlalu berkira nanti rezeki susah nak masuk.

Suasana lepas aku siap makan pun ramai lagi yang tengah beratur. Panjang lebar lagi barisan nya. Sabor je la akak, nanti dapat makan mesti rasa puas dan jangan lupa syukur.



Ada jugak tupat sotong dan pulut mangga. Tapi aku jenis tak gemar tupat sotong Terengganu. Aku lagi suka tupat sotong versi Kelantan, kuah dia coklat. Manis lah sikit kalau tupat sotong Kelantan. Kalau versi Terengganu dia lemak lemak santan macam tu. Ma aku memang asal Kelantan, jadi masakan kami banyak belah Kelantan la. 





Lepas makan tu boleh la lepak lepak kat pantai gosip gosip dulu kan. Best jugak kalau nak bergambar dekat pantai ni. Tak kurang cantik nya dengan pantai pantai lain di Terengganu.


Selamat bercelup tepung Pok Nong ya semua. Aku makan tu 3 ekor ikan, 3 ekor sotong, 6 ekor udang, 1 ABC aiskrim, 2 air kelapa. Semua total RM 52. Ok lah berpatutan makan 3 orang. Kedai Pok Nong buka daari pukul 3.30 petang sehingga 8malam. Tutup pada hari selasa, jadi pergi selain hari selasa ya. Location? boleh foursquare atau google map, ada dalam tu. aku nak cakap pun tak tahu sangat sebab tak berapa mahir jalan Seberang Takir ni. 

You Might Also Like

2 comments

  1. huhu..celek tepung mmg terbaik di terengganu..tpt lain xleh lawan..

    area mana ni..di pantai teluk ketapang ke..

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net