10 TIPS HUBUNGAN CINTA KEKAL LAMA

Assalamualaikum. Hai uols, bosan sebenarnya stay sorang sorang kat rumah, tiba tiba terasa nak up entry tentang cinta. Dah lama dah tak se...

Assalamualaikum.

Hai uols, bosan sebenarnya stay sorang sorang kat rumah, tiba tiba terasa nak up entry tentang cinta. Dah lama dah tak sembang pasal cinta kat blog ni. Maklumlah dah anti sangat kan. Hehehe, tak ada lah, cuma tak terfikir nak up entry cinta banyak banyak. Nak baca entry cinta boleh klik sini C.I.N.T.A, entry dah lama tapi masih berguna aku rasa. Ok, jom kita tengok 10 cara macam mana nak kekalkan hubungan cinta untuk jangka masa yang panjang. Tak dinafikan memang teramat susah tetapi tak mustahil sebab ramai je yang kekal hingga ke jenjang pelamin kan? Ini tips versi independent sikit, bukan tips yang mainstrem sangat.

1. Jadi kawan sebilik yang baik untuk diri sendiri.

Bunyi pelik tetapi perlu untuk satu hubungan kekal lama. Jadi kawan sebilik untuk diri sendiri adalah dengan korang mampu berdikari kemaskan katil, basuh baju, jemur baju, lipat baju, sapu bilik, dan kemas bilik sendiri. Nampak lekeh tetapi sangat membantu kerana tak semua pasangan kita mampu buat semua benda, apa salah nya kita ada kemahiran sebegitu untuk menolong pasangan mengemas dan uruskan rumah. Lelaki bukan penghalang malah sangat perlu. Amalkan sekarang sebelum menjalani hubungan rumahtangga supaya korang terbiasa dengan aktiviti tersebut.

2. Mempunyai hobi sendiri.

Menjalani hubungan dengan pasangan tak semestinya korang punya hobi sama,tak semua perlu sama. Korang juga berhak ada hobi sendiri untuk dilakukan setiap hari. Jangan terlalu menginginkan persamaan sehingga kita lupakan aktiviti kegemaran kita. Mungkin aktiviti yang berbeza boleh dilakukan bersama. Mesti lagi seronok. Macam tulis blog pun satu hobi, tak perlulah nak stop tulis blog sebab pasangan marah melainkan korang tulis bukan bukan dekat blog korang.
Says : Tak perlu semua aktiviti perlu dibuat bersama, tinggalkan sedikit sebagai hobi kepada diri sendiri.



3. Mempunyai kawan sendiri. 

Sesetengah orang, bila sudah mempunyai pasangan kekasih, hubungan dengan kawan kawan sudah tidak diperlukan lagi. Semua nya tentang pasangan korang. Tak boleh lah macam tu, kadang kadang kita jugak kena spent masa dengan kawan kita dan pasangan kita juga perlu luangkan masa dengan kawan kawan dia.

4. Belajar untuk melepaskan dan memafkan selepas pergaduhan. 

Sedangkan lidah sendiri boleh tergigit, apa lagi hubungan percintaan, ye dak? Jadi perkara perkara gaduh ni memang biasa lah kan. Jadi selepas masalah sudah selesai, cuba relakan masalah tersebut berlalu dan jangan disimpan sebagai dendam. Kelak bila berlaku pergaduhan lagi, sudah tentu kita akan ungkit balik. Jadi lebih baik lepaskan dan maafkan dengan seikhlas hati supaya tidak menjadi dendam kesumat dikemudian hari.

5. Jujur luahkan masalah yang sedang berlaku.

Kalau bab ni biasanya golongan perempuan lah yang lakukan. Bila gaduh, pasangan tanya apa masalah mesti kita jawab "tak ada apa lah" " lupakan ja" tetapi hakikat sebenarnya ada sesuatu yang tidak kena dan menjadi masalah. Kaum lelaki ni sebenarnya susah nak faham apabila perempuan berkias seperti itu. Kalau kita cakap macam tu, dia akan anggap memang tiada apa apa masalah. Jadi, kalau ada yang tak puas hati, atau masalah yang dihadapi, jujur lah bagitau dan terangkan dengan baik. In Shaa Allah masalah boleh diselesaikan dengan baik.

6. Jangan salahkan pasangan if they not being everything to you

Faham tak maksud aku? Nak tulis dalam bahasa melayu tapi tak tahu nak buat ayat macam mana. Maksudnya macam kalau dia buat korang bukan segala nya bagi dia jangan lah marah, Sebab masing masing ada life sendiri kan. Tak perlu lah nak makan kena bagitau dulu, nak mandi kena bagitau, nak buang air kena bagitau. Ye lah, everything la kata kann. 

6. Jangan fokuskan perbualan tentang masalah.

Part ni aku pun baru perasan, Lepas aku kenal dengan seseorang tu, kalau call aku selalu tanya pasal kerja. Hari ni buat apa ? Kerja apa? macam macam laa. Tapi dia tak pernah jawab. hahaha. dia cakap kerja la macam biasa, Aku tak puas hati, tanya lagi. Lepas tu dia jawab " tak yah la tanya pasal kerja, sana kerja, balik cakap pasal kerja, kita nak release pasal kerja, tu yang call dia" Aduh sedebik atas kepala, ok, tak tanya dah. Tapi esoknya tanya lagi. Hehehe. So dalam perbualan ni jangan terlalu fokuskan pasal kerja dan masalah, mungkin dia perlukan kita untuk genbirakan dia bukannya ingatkan pasal kerja harian.

7. Jangan terlalu berfikir negatif. 

Memang perasaan ni semua orang ada. Kalau tak balas mesej, fikir bukan bukan. Kalau tak angkat call, fikir dia tengah dating dengan orang lain. Apa lagi zaman sekarang ada applikasi whatsapp yang boleh detect bluetick dan last seen pasangan. Kalau dapat bluetick, tapi tak dibalas mulalah rasa nak marah. Tengok status online memanjang tapi whatsapp kita tak reti nak read. Tengok online memanjang tapi tak ada pulak tanya khabar kita. Haaa, pernah kena? pernah? Jangan lah cepat sangat fikir negatif, mungkin dia sibuk balas mesej tentang kerja sampaikan terlepas pandang dan terlupa whatsapp kita. Ataupun dia cuba habiskan kerja dia cepat cepat untuk dapat masa hubungi korang. Nanti kalau free, dia contact la korang. 

8. Beri peluang untuk dia beri penjelasan.

Yang ni pun biasanya perempuan selalu cepat melatah. Kalau pasangan nak beri penjelasan memang dah tak nak dengar, sebab yang dalam fikiran kita ja lah yang paling betul. Apa salah nya kalau kita dengar penjelasan dan fikir balik mana logik nya. Tak perlulah kita nak melatah tak tentu pasal. Yedok?

9. Jangan berat mulut untuk meminta maaf dan berterus terang.

Tak salah pun kalau kita minta maaf kalau ada buat silap. Lebih bagus macam tu kan. Tak jatuh pun maruah kalau minta maaf, lepas dah minta maaf tu, terus terang la dengan pasangan, cerita kenapa kita fikir macam tu terhadap dia. Macam mana kita boleh fikir negatif dan tuduh bukan bukan. Baru lah pasangan akan faham apa yang ada dalam fikiran kita dan tak akan ada tuduhan lain pulak lepas tu. Kalau setakat minta maaf, pasangan tidak akan tahu salah yang dia dah buat sampai menyebakan kita marah kan. 

10. Jangan guna bahasa tersurat.

Semua faham kan macam mana. Kalau aku sendiri pun tak suka orang guna bahasa tersurat ni kejap lagi aku yang menyirap. Terus terang je la, lagi mudah. Tak ada lah salah faham teruk. 

Sticky note : If sometimes you feel curious, try to be positive and discuss with really gentle way.

You Might Also Like

2 comments

  1. Replies
    1. tahniah punyai cinta. boleh la try untuk kekalkan hubungan yg dibina.

      Delete

ShopLinks

babab.net