20 Tips Ke Pulau Perhentian

20 Tips Ke Pulau Perhentian | Assalamualaikum. Nampaknya mood Pulau Perhentian aku belum habis lagi. Dah 2 3 entry dah keluar. Boleh bac...



20 Tips Ke Pulau Perhentian | Assalamualaikum. Nampaknya mood Pulau Perhentian aku belum habis lagi. Dah 2 3 entry dah keluar. Boleh baca entry entry sebelum ni untuk pengalaman aku sepanjang di Pulau Perhentian. Saja saja nak kongsi tips, harap harap boleh membantu korang semua yang bakal bercuti di Pulau Perhentian. Tips ni dari aku, mungkin blogger lain ada tips yang lebih bagus. Baca lah semua ye sebagai panduan.

20 Tips ke Pulau Perhentian.

1. Kepada yang luar dari Terengganu, kalau naik flight make sure korang turun di Kota Bharu sebab perjalanan dari airport Kota Bharu lebih dekat berbanding dari airport Kuala Terengganu. Lagi satu airport Kuala Terengganu taka ada bas murah lalu, Nak tak nak korang kena naik teksi airport ke Stesen bas Kuala Terengganu ataupun naik teksi terus ke Kuala Besut. Kalau korang banyak duit boleh lah buat macam ni.

2. Kalau korang naik bas dari negeri lain, berhenti di stesen bas Kuala besut sebab dekat dengan jeti. Kalau tak ada jangan turun Kota Bharu pulak, turun di Jertih, Besut. Nanti naik teksi atau bas ke Kuala Besut. Naik teksi lah senang sikit. RM20 satu teksi. Kalau korang 4 orang, boleh la RM5 seorang.

3. Jangan lupa benda penting, beli roti dengan kaya atau apa apa untuk sarapan. Kalau korang dah dalam pakej ada sarapan tak apa lah. Tapi aku sarankan bawa sebab nak alas perut kalau kalau lapar. Lagipun roti ni boleh bagi makan ikan time snorkelling, baru lah ikan berduyung duyung datang dekat korang.

4. Paling penting dan terpenting, beli air mineral botol besar siap siap. Bajet la dalam 3 hari korang kena minum berapa botol, beli banyak banyak tak apa. Hari tu aku beli 3 botol kongsi dengan kawan aku pun macam tak cukup. Sebab sana panas dan lepas mandi air masin mesti nak air kosong kan. Penat punggah sikit tak apa, jangan penat bayar kat pulau nanti. Aku sarankan beli jauh dari jeti sebab air minuman botol besar RM2, padahal sebotol RM 1.50 ja kan. Kalau beli dekat pulau, air minuman sebotol besar RM4. Hah, kau rase?

5. Bawak syampu, sunblock. Losyen siap siap. Sebab kat sana barang sangat lah mahal. Sunblock RM50, syampu pantene botol paling kecil RM12. Kau rase? Nak ke beli. Syampu tu sepatutnya harga dalam RM6 kan?

6. Baju mandi bawak 1 set sudah lah, jimat space dalam beg. Lepas mandi basuh dan jemur, nak mandi lagi pakai balik. Kalau korang ni tak kisah baju mandi belambak tak apa lah. Terserah.


7. Bawak lah maggi kalau korang nak low budget kat sana. Masak sendiri ka apa. Bawak sardin ka. Tapi aku makan ja kat sana. Memang mahal, tapi boleh lah kalau kongsi kongsi dengan kawan. Nasihat aku kalau nak jimat, bawak air mineral yang korang beli kat darat tu ke kedai makan. Sebab teh o ais kat pulau RM4 dan air paling murah pun teh o ais lah. Dah boleh jimat RM4 kat situ. Makan paling murah RM 8, nasi goreng.


8. Bawak shade sebab sana panas, memang korang perlu sangat. Time ni la nak acah acah bercuti kencang pun. Bawak lah siap siap topi pantai korang, kalau nak beli kat situ memang mahal dan tak banyak pilihan.

9. Camera jangan lupa bawa, nak nak underwater camera.

10. Powerbank macam biasa paling penting. Cas penuh penuh. Hari tu aku pergi dah cas dari rumah, sampai sana rupanya terlupa bawak. Merana beb.

11. Jangan mudah sangat percaya dekat orang pulau sebab diorang ni banyak yang tak elok. Baca entry ni dulu pervert guy in Pulau Perhentian Dan aku ada kenal orang cina ni, dia punya passport duit semua hilang, kena curi dekat orang kampung situ. Nasib baik orang dekat café tu baik, tolong dia bagi tempat tinggal. Sekarang dia kerja dekat café tu sementara tunggu proses passport baru siap. Kesian dekat dia.


12. Hang yang islam jangan nak gatal pi beach party lepas pukul 12am. Kalau sebelum pukul 12 boleh la sebab ada fire show. Lepas tengok fire show, balik lah. Tak payah nak menggatal kat sana. Kalau kita tak mabuk pun, nanti orang lain yang mabuk, kita terjebak sama. Orang kampung situ jangan nak ikut sangat kalau diorang ajak karaoke ke ajak p beach party ka. Mampuih hang kalau ikut depa.


13. Kalau nak hiking ke windmill, bawa lah kasut, tapi okay ja kalau pakai slipper, aku pakai slipper lawa lawa sampai je ke puncak. Bawa air time hiking sebab korang konfem akan dahaga tahap maksima nanti. Sebab tinggi juga bukit tu dan agak memenatkan.

14. Kalau stay dekat Long Beach dan nak makan murah sikit, boleh makan kedai nama kak yah (sebelah turtle bay dive/sebelah kanan camp site). Situ makan murah tapi bukak sampai pukul 5 petang sahaja. Tapi masa aku pi pun tak sempat nak try dekat kedai kak yah ni, aku makan dekat Awatif Café ja. Kalau kedai bahagian atas sikit dari turtle bay tu agak mahal la. Better lagi Awatif Café.

15. Nak naik kincir angin dalam pukul 5 – 5:30 cun dah. Naik ikut kawasan campsite 15-20 minit hiking. Turun pukul 7 sebab kalau lambat takut gelap, kat situ tak ada lampu.


16. Kalau dari beach lain, boleh sewa bot teksi untuk hantar ke long beach ataw terus ke kincir angina tu. Tapi aku tengok ramai yang lalu ikut campsite aku. Mungkin pakcik bot memang hantar untuk ke long beach then kena hiking sendiri.


17. Kalau stay Long Beach boleh tengok sunrise. Jadi kena rajin bangun pagi, lepas solat subuh tak yah tidur dah. Boleh join mat salleh jogging di gigi air. Kalau nak tengok sunset boleh pergi dekat sha-rila beach. Kalau stay long beach boleh lalu ikut belakang, ada jalan untuk ke sha-rila beach. Walking distance 20 minit.

18. Sentiasa pakai lifejacket walaupun pandai berenang semasa snokerling sebab keselamatan. Ramai yang cramp kaki ketika berenang.

19. Barang berharga tolong baawak sekali kalau nak pergi mana mana. Kecuali korang tinggal di resort. Kunci lah pintu kemas kemas untuk keselamatan barang. Kalau bawak camera ke handphone, letak dalam seal bag dan dalam beg. Masa snorkelling boleh je tinggal atas bot. insya-Allah selamat. Seal bag tujuan dia tak nak bagi barang masuk air kalau hujan ka, beg terjatuh ka.

20. Bawak duit semasa snorkelling sebab biasa pakcik bot akan berhenti di kampung nelayan untuk makan tengah hari.

Itu lah 20 tips ke Pulau Perhentian yang aku boleh kongsi. Kalau nak lebih, boleh lah usha blog lain juga. Banyak ja tips yang blogger lain kongsi macam blogger mek onie, iday dan FN.

You Might Also Like

12 comments

  1. Nice tips yunk..! Boleh guna tips ni masa pergi Perhentian. Oh yeah!

    ReplyDelete
  2. wah lengkap tips dia. rasa nak pergi lagi sanaaaaaa. Hahaha hari tu pon pergi tengok fire show dekat long beach, tapi tak lama pon sebab malas nak bergelumang dengan orang yang duk minummm macam-macam kat sana. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpuas kan kalau pergi. perasanada nama kak iday kat situ? kite pon bace tips kat blog akak sbelum pegi

      Delete
  3. Perhentian best! Rasa nak pergi lagi. Tak cukup rasa hari tu nak mandi manda. Hehe. Btw, nice tips dear :)

    Awak jomlah join photo a day challenge ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann best kann. okay in shaa Allah join

      Delete
  4. Nice tips sis..kalau ada rezeki nak juga ke perhentian..mcm best je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama sama. pergi laa. boleh tenang kan fikiran. serius best

      Delete
  5. Tips ni pun win habis laa sis . Tq sgt sgt . Berguna wei hahah tq lagi sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee. same2 harap dapat membantu awak :)

      Delete
  6. tips menarik.boleh guna akan datang.tq.jmput follow may blog :)

    ReplyDelete
  7. Seal bag tu mcm mana? Beli kat mana?

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net