Followers

5 SEBAB KENAPA AKU LEBIH SUKA ONLINE SHOPING DI LAZADA

Assalamualaikum. Nak bagitahu yang semalam aku spent duit RM500 habis dalam masa sehari. Sobsob. Menangis meraung sekejap. Sorry i can'...

Assalamualaikum.
Nak bagitahu yang semalam aku spent duit RM500 habis dalam masa sehari. Sobsob. Menangis meraung sekejap. Sorry i can't kawal nafsu nak beli camera Yi Cam tuu.

Sebenarnya sebelum ni aku dah ada action camera. Tapi SJCAM 4000 punya. Dan masa tu aku salah beli kau tahu ! terbeli yang tak ada wifi dan tak boleh la nak connect dengan handphone. Menangis lagi. Sobsob.

Lepas tu aku bawak pulak masuk hutan hari tu dan memang aku dah frust sebab sangat susah nak ambik gambar kalau tak ada wifi. Jadi aku jaga ala kadar je, hasilnya dalam lens ada masuk wap air. Ye, aku suka la sebab boleh beli camera baru. Muahahaha.

Aku syak SJ CAM aku tu tak ori sebab sangat berbeza dengan kawan aku punya. Bila cek youtube memang tanda tanda tak ori tu ada. Padan muka sendiri lagi sekali.

Tapi aku ni memang jenis tak reti nak serik kalau dengan camera. Apa pun aku sanggup. Aku memang jenis tak berkira dengan camera tapi berkira sikit dengan barang lain. Minat masing masing kan.

Ok, ni baru nak start cakap kenapa aku lebih suka online shoping dekat Lazada berbanding beli online dengan online seller dekat instagram yang berlambak macam cendawan tumbuh tu.


1. Sebab aku tak tahu yang mana boleh percaya dan yang mana tak boleh percaya. Yelah, rambut sama hitam hati lain lain kan. Letak tempek dekat instagram strusted seller tapi tak tahu la sejauh mana trusted nye tu. (website pon aku kena tipu jugak. muahaha)

2. Sebab tak payah nak makan hati bila kita wassap seller tu tak balas balas. Hahaha. Ni la perangai buruk aku. Tak boleh nak menunggu. Dah kalau status online manjang tapi wassap kita yang nak membeli ni dia taknak balas, panas la jugak. Ya la, kita memang faham yang kerja dia bukan penjual sepenuh masa, tapi macam tu lah, malas nak makan hati. hahaha

3. Sebab malas nak tunggu postage delay pastu nak kena gaduh dengan seller. Ye lah, kita yang beli ni punya lah tak sabar nak dapat barang baru. Dia boleh pulak buat janji tinggal janji. Hahaha.

4. Sebab website online boleh order banyak barang sekali gus. Ya lah, aku memang nak beli camera ja, lepas tu cuci mata sikit tengok baju, tengok kasut, lepas tu beli sekali. Citt habis duit aku !

5. Sebab aku rasa penghantaran dari website ni lagi efficient. Pengalaman aku beli dengan lazada.com dan zalora.com memang cepat ja sampai. Hari ni beli, esok lusa dah sampai. Pelik jugak aku duk pikir base dia kat mana sebenarnya sampai cepat sangat barang sampai.

Haa, tu je la sebab aku. Siapa yang sama dengan aku kite geng.. Siapa tak sama biaq pi la, masing masing ada pendapat dan kesukaan masing masing kan.

STICKY NOTE: Online seller jangan kecam aku pliss. hehehe. i love you all.


You Might Also Like

2 comments

  1. hehehe sama la, suka beli website dari IG seller, siap ada cash on delivery. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann . kalau dpt cod best laa. tapi lela kat uni tak boleh nak cod. kne hntr ofis dlu

      Delete

ShopLinks

babab.net