Followers

AKU SERAHKAN HATI KEPADA ALLAH S.W.T

Assalamualaikum. Awal awal nak mintak maaf sebab mungkin entry bersifat peripadi tapi nak juga aku tulis dekat blog ni. Bukan nya bersi...


Assalamualaikum. Awal awal nak mintak maaf sebab mungkin entry bersifat peripadi tapi nak juga aku tulis dekat blog ni. Bukan nya bersifat peribadi sangat, cuma ada cerita tentang diri sendiri.

Cerita 4 tahun lepas selepas aku break dengan kawan aku tu. hahaha. kawan la sangat kan. Lepas tu aku dah tak cakap pasal cinta, hati dan perasaan lagi. Malas nak layan. Siap janji dengan diri sendiri takkan terpikat dengan sesiapa sehingga tiba waktu yang sesuai. Hari hari doa supaya jodoh aku jumpa bila tiba waktu yang sesuai. Orang sekeliling bising duk cakap aku ni jual mahal. Bukan jual mahal ke murah masalah dia. Tapi dengan kesungguhan dan keikhlasan seseorang tu kita tak boleh ukur dengan harga mahal atau murah. Kalau murah, tapi ikhlas dan jujur, apa salahnya.

Tapi sepanjang 4 tahun ni aku jadi macam anti sikit dengan cinta ni. Kalau boleh aku nak bagitaw semua orang yang cinta ni buang masa ja. Hahahaha. Kadang kadang idea hantu aku ni berjaya jugak hasut kawan aku supaya tak yah fikir pasal cinta. Hahaha. Tapi yang terhasut tu bukan lahh terpaksa, semua jenis macam aku lah, yang suka jalan jalan taknak dikongkong, yang suka buat ja pape tanpa perlu buat laporan, yang suka sembang berapi tanpa perlu tengok fon, yang jenis keluar tak kisah bawak fon ka, fon campak kat mana pun tak kisah, tak perlu nak contact 24 jam. Haaa, bukan jahat sangat aku ni. Yang nak bercinta tu bercinta lah, tapi kena lah tahu batas jugak. Ni tengah makan nak ngadap fon, tengah aku sembang depan muka, nak taip mesej, nak sengih sengih depan fon, Wey ! aku tengah cakap dengan hang ni wey ! tunggul ka aku depan ni? Haaa, kalau yang jenis macam ni hangin jugak lah kan. Bercinta bercinta jugak, kawan yang akan tolong hang kat sini kau buat layan tak layan memang cari penyakit lah kan. Aduh tetiba emosional lebih pulak. Bukan marah ni weh, cakap jaa. pliss baca dengan lemah lembut yaa.

Lepas tu, banyak pula aku kena motivasi dengan kawan kawan, cakap jangan jual mahal sangat, jangan memilih sangat, jangan tak percaya pada jodoh dan cinta sangat. Kena pula dengan kawan ma, makcik makcik cakap jangan sampai terlajak umur pun belum apa apa lagi, yang muda mudi kat kampung semua dah kahwin. Hahahaa. bukan tua sangat pun aku ni, muda lagi laaa. Yang muda mudi kat kampung tu gatal sangat umur belas belas dah nak kahwin, jadinya yang aku 20an yang tak ada calon ni dah kena cop tak laku. Nasib badan betul lah. Aku muda lagi weyy ! Lepas dari tu aku mula serahkan hati aku pada ALLAH S.W.T. Aku dah tak kisah dengan siapa jodoh aku, aku cuma berharap yang Allah akan bagi hati aku dekat orang yang layak dapat jaga hati aku dengan baik.

Alhamdulillah, bila aku buat macam tu, aku jadi lebih tenang, aku lebih redha dengan ketentuan Allah, sebenarnya ini lah aturan Allah yang kita tak tahu. Bukan move on yang kita kena buat lepas putus cinta. Tetapi redha. Apa yang korang faham sebenarnya pasal move on ? Mesti dalam move on korang tu bermaksud lupakan cinta yang dah lama dan terima orang lain dalam hidup korang kan. Jangan terlampau kecewa dengan hubungan lepas, tetapi teruskan kehidupan seperti biasa dan terima seadanya cinta yang akan datang. Bagi aku kita tak perlu pun nak move on, yang penting adalah redha. Redha dengan jodoh yang tiada dan serahkan hati kepada Allah, serahkan segala ketentuan kepada Allah, lepas tu jalani hidup seperti biasa, kerana Allah akan bagi hati kita kepada orang yang lebih layak untuk jaganya dan paling penting pada masa yang sesuai. Bukan kita boleh terima ja orang cakap cinta senang senang lepas putus cinta. Move on sangatlah kononnya, sebab tu lah hubungan tak kekal lama mungkin.

Yang aku dapat rasa, bila aku serahkan hati pada Allah, aku lebih tenang, aku dah tak kisah apa orang nak cakap pasal aku, nak cakap tak laku ke, nak cakap aku jual mahal ka, nak cakap aku memilih ke, aku dah tak ambil kisah. Kalau dah tak ada jodoh sangat, aku  suruh mak ayah carikan, apa susah. Sampailah suatu hari ada jejaka yang mampu buat aku buka hati aku tanpa aku pinta walau sikit pun. Aku tak ada sikit pun rasa terpaksa untuk terima dia walaupun dia kerja kampung ja (katanya laa) Sampai cakap dia prebet pun aku masih lagi okay. Kalau sebelum ni aku punya lah tak nak lelaki yang lagi bawah dari aku, Tapi bila dia cakap prebet, aku macam tak kisah. Aku pun hairan, kemana pergi nya sifat memilih aku tu sebelum ni. Mana pergi lela yang pandang semua tu. Mana pergi lela yang nak lelaki idaman macam macam tu. Aku bagaikan betul betul redha dengan semua tu.

Tapi aku nak cakap banyak pun tak boleh sebab belum jadi apa apa lagi. Belum lagi ada ikatan yang sah kan. Bila bila masa ja dia boleh kecewakan aku. Aku harap ALLAH dah bagi hati aku kepada orang yang layak. In shaa Allah. Kita tunggu je la apa yang akan jadi lepas ni. Andai kata kami tak ada jodoh, aku redha. Segala yang datang dan pergi adalah ketentuan Allah. Kita hanya pelakon sahaja.





You Might Also Like

5 comments

  1. Ye dik.. Serahkan kepada Allah. Dia sebaik-baik yang Maha Mengetahui.. Akak pun sekarang ni usaha untuk dapatkan zuriat dan serah 100% pada Allah..

    Bila tiba masa yang sesuai, in sya Allah akan hadir juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak. bila kita berserah kat Allah kite rasa lebih tenang dan senang je nak dapat apa apa. gud luck kat, smoga cpt dapat baby. boleh sye tmpang gembira nnti.

      Delete
    2. Aamiiiinn.. In sya Allah ade rezeki dapat la akk menimang cahaya mata. Setuju tang lebih tenang bila kite berserah pada Allah..

      Delete
    3. betul kak, kalau kita tak redha ikan terus salahkan takdir, kenapa itu kenapa ini, padahal Allah dah aturkan yang terbaik buat kita cuma belum smpai masa. Berkat sbar akak in shaa ALLAH nanti dkurnia cahaya mata. aminn

      Delete
    4. Aamiiiinn.. Terima kasih dik. :)

      Delete

ShopLinks

babab.net