Followers

Budget Percutian Perhentian kecil,Long Beach

Budget Percutian Perhentian kecil,Long Beach |Assalamualaikum. Entry ni aku nak tulis budget hangus aku ke Perhentian Kecil tempoh hari...


Budget Percutian Perhentian kecil,Long Beach|Assalamualaikum. Entry ni aku nak tulis budget hangus aku ke Perhentian Kecil tempoh hari. Sebelum tu korang kena hadam yang aku tidur di khemah bukan nya di Resort, sebab kalau di resort mungkin budget kena lebih sikit lah untuk 3 hari 2 malam dekat sini. Kalau nak ikut pakej macam aku ni, boleh lah dapat harga ni dan mungkin lebih murah sebab aku kat sini makan ikut tekak, bukan makan budget. Jimat tu jimat jugak, tapi aku still makan dekat café, bukan masak maggi sendiri. Kalau korang ada altenatif memasak mungkin budget hangus korang lagi sikit. Sebab makan dekat sini double 2 daripada makanan dekat darat.

Aku ambil pakej dari myperhentian. Harga RM169 termasuk return boat, camp accommodation, snorkelling 4+2 point, windmill tour.


  • Perjalanan bermula di Jertih, aku dengan kawan aku berdua. Sampai dijertih kami beli barang sikit dekat 7 eleven, beli roti, kaya dengan air kotak. Hangus RM15.50.
  • Tambang teksi dari bandar Jertih ke Jeti Kuala Besut RM20/2. Jadi RM10 seorang. Sampai di Jeti kena bayar tiket taman laut, RM5 seorang. 
  • Sebelum naik bot aki beli air mineral botol besar 3 botol RM6, Jadi RM3 seorang.
  • Dah sampai dekat Perhentian, kami makan tengah hari tomyam daging, nasi putih, air the O ais. Tomyam daging 1 mangkuk, nasi putih 2 mangkuk, air 1 gelas. Semua nak kena kongsi. Jimat la sangat. RM25/2 jadi RM12.50 seorang.
  • Lepas tu terlupa beli syampu, ni paling sedih. Beli syampoo dekat sini pantene botol paling kecil RM12. Kalau dekat darat jauh lebih murah. Sunblock banana boat aku beli RM28 dekat sini RM50. Nasib dah beli awal awal dekat Watson. Syampu RM 6 seorang. Kongsi lagi. 
  • Makan malam makan nasi goreng, air bawak sendiri RM8.
  • Lepas snorkelling makan nasi putih, telur dengan sayur dekat kampung nelayan RM7.
  • Makan malam dekat Awatif café. Sebab malam last kami semua macam nak acah makan besar sikit. Jadi aku makan spageti seafood RM13. 
  • Balik dari pulau perhentian, makan dekat jeti kuala besut. Nasi putih, sup daging kongsi 1 mangkuk dengan sayur, air teh O ais RM8.
  • Teksi dari kuala besut ke Jertih RM10 seorang.


Total hangus = RM259.25 

You Might Also Like

0 comments

ShopLinks

babab.net