Followers

CINTA KADANG KADANG TIDAK PERLU DILUAHKAN, CUKUP DIA DAN AKU TAHU PERASAAN MASING MASING.

Assalamualaikum. Aigooo pagi pagi dah start entry dengan mood cinta ni pasaipa kan. Saja ja sebab pukul 11 nanti aku dah nak pergi kelas, ...

Assalamualaikum.

Aigooo pagi pagi dah start entry dengan mood cinta ni pasaipa kan. Saja ja sebab pukul 11 nanti aku dah nak pergi kelas, ada sikit masa ni aku update la entry pendek yang tak perlu nak ambil masa panjang.


Cakap bab cinta ni kalau dulu, cinta akan mula bila si lelaki cakap "Jom kita couple", "Awak jom jadi awek saya", " Awak jom jadi permaisuri saya" OK,dah mula nak mutah. hahaha. haa, macam tu lah lebih kurang kan. Maka bermulalh tarikh 1 hari bercinta dan menjadi tarikh anniversary percintaan. Muahahaha.

Nampak lawak tapi ni lah realiti nya kan. Tapi bagi aku, tak perlu pun cakap macam tu. Tak perlu pun tarikh bermulanya percintaan ni. Cukup sekadar kita tahu yang si lelaki serius berkawan dengan kita. Bukan kawan yang cari bila susah lupa bila senang tu. Maksudnya kawan lebih serius daripada kawan yang lain, tu pun dah cukup.

Tak perlu pun nak cakap "Saya sebenarnya dah lama suka kan awak, saya cuba pendam dan akhirnya saya dapat kekuatan" Hahaha. Kalau dua hati memang serius antara satu sama lain, tak declare macam ni pun dah nampak yang masing masing menyukai antara satu sama lain.

Kalau tak suka, buat apa nak bertegur sapa kan, buat apa nak tanya khabar hari hari kan. Kalau tak suka takkan rasa rindu tu ada kan. Acececeh. Dah melalut ni.

Ok lah, aku tamatkan kat sini je ya. Aku lebih suka cinta yang seperti ini, tak perlu nak meluahkan atau declare, cukup masing masing tahu hati dan perasaan masing masing. Cukup aku dan kau tahu perasaan aku pada kau dan perasaan kau pada aku.

You Might Also Like

3 comments

  1. Ehemmm.. Bercerita berdasarkan pengalaman ya. Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. tak tahu la kak. ikut dalam fikiran jaa.

      Delete
  2. Pengalaman bercinta juga mengajar erti hidup. Manis, masam, pahit semua ada...

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net