Followers

DAH HABIS VIRAL BARU NAK TRY SAMYANG RAMEN

24/9/2016 Assalamualaikum. Siapa kat sini tak pernah lagi cuba Samyang Ramen ni? Hari tu sibuk duk viral macam macam jenis viral. Ada yan...

24/9/2016
Assalamualaikum.

Siapa kat sini tak pernah lagi cuba Samyang Ramen ni? Hari tu sibuk duk viral macam macam jenis viral. Ada yang viral pedas, viral halal, viral makan tak dapat tanda halal. Tu terserah lah kepada individu masing masing sebenarnya.


Dah habis musim samyang ramen ni sebenarnya. Orang pun dah kurang membeli. Siap belambak lagi jual online sebab dulu dekat Eon ja rasanya ada jual. Dekat pasar raya lain tak ada. Jadi yang duk jauh dengan pasaraya Eon memang pulun beli online la.

Mahal tak payah cakap la, kalau meggi kari boleh ja dapat rm3.60 1 bungkus, 5 paket, Kalau samyang ramen ni minta maaf la memang tak dapat. Dekat online jual sampai rm50 rm60, ada je yang jual rm70. Ni kawan lela beli dekat Penang time cuti hari tu RM25 1 bungkus, ada 5 paket. Okay la tu.

Jakun tambah berdebar dup dap dup dap nak makan. Lela memang jenis tak tahan pedas. Kat rumah pun memang tak makan pedas. Dah besar besar ni baru belajar makan pedas, tu pun tahan la kalau lepas makan terus kena pergi tandas.


 Ok, ni rupa Samyang Ramen dan ni perencah dia. Perencah pun dah seram. Macam letak cili boh je pon ada.


Dah siap. Lela buat 2 paket, makan 4 orang. Tu pun sampai berdengung kepala. Bibir jadi angelina jolie kau. Tak snap muka kami sebab duk kat rumah. Malas nak sarung sarung tudung bagai. Rasa dia bagi aku sedap la jugak. Meggi dia agak besar kalau nak banding dengan meggi kari kita tu.



Dah habis viral baru nak kecoh. Pastu kecoh kat blog. Eh, suka hati aku la blog aku. Muahahaha. Tak ada tak ada jangan terasa. Aku main main ja.. Datang lagi blogwalking ke blog tak seberapa ni ya. Komen kat bawah nanti lela pi blog ampa pulak.


You Might Also Like

5 comments

  1. akak makan banyak kali gak la..sedapppp... tapi tu laa.. berdesing telinga..hahahahah

    ReplyDelete
  2. tak berani nak makan sebab yg suka makan pedas pun kata "pedas gila"! hihihi

    ReplyDelete
  3. Akak pun makan sekali.. pastu tak dah. Pada mulut akak pula tak sedap. Kui kui kui

    ReplyDelete
  4. Boleh tahan mahal kan... Mee goreng mamak pon x mahal gitew... Siap ayam seketul... He he he..,

    ReplyDelete
  5. busyra makan dua suap ja. pedas gila. padahal busyra ni mmg makan pedas sebelum ni. haha. tak tahannnnn

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net