Followers

INVISIBLE ART.

credit to  http://www.artfido.com/blog/artist-creates-invisible-art-and-collectors-are-paying-millions/  image Pernah dengar invisible...

credit to http://www.artfido.com/blog/artist-creates-invisible-art-and-collectors-are-paying-millions/ image

Pernah dengar invisible art? Atau karya seni yang tak nampak? Ianya hasil karya seni dari Lana Newstrom dan dijual dengan harga millions dolar di New York. kalau difikirkan memang sangat tidak masuk akal. Lukisan kosong yang suci tanpa apa apa sentuhan seni dijual dengan harga sebegitu mahal malah masih ada yang mahu melaburkan duit untuk satu lukisan kosong.

Bila difikirkan balik memang tak logic. Tapi bagi aku yang menjadi lukisan itu mahal kerana nama. Nama si penjual yang terkenal, jual apa pun orang sanggup beli. Walaupun Cuma lukisan kosong. Kalau orang biasa yang mahu menjual lukisan kosong, nak ke kita beli? Lebih bagus beli lukisan contengan anak kecil daripada membeli lukisan kosong yang tiada apa apa.

Sama juga macam barangan yang dijual artis artis tempatan. Contohnya perfume che ta, kosmetik tok ti, tudung neelofa, tudung keknis dan macam macam lagi, dah nama pun artis jual, memang berebut orang beli sedangkan perfume nya tidak lah berkualiti sehingga tahan berjam jam sebab tu harga pun rendah. Bukan nak kondem perfume dan barangan diorang, Cuma nak menunjukkan yang nama mampu buat apa saja. Bila nama kita sudah dikenali, mudahlah untuk kita capai kejayaan. Tak dinafikan untuk mencapai ke tahap itu bukan nya mudah. Jadi diorang pun berhak buat barangan jenama sendiri dan jual. Aku tak kata salah pun. Itu adalah kejayaan daripada kejayaan mereka sendiri.

Apa pun sebelum kita capai apa yang kita nak, kita kena tonjolkan diri kita dulu. Bak kata pengasas Dynas, perempuan yang hebat adalah perempuan yang yakin dengan diri dia sendiri. Macam mana nak yakin? Pakai lah dynas! Eh eh, teriklan dynas pulak. Haa, lebih kurang macam tu lah, kalau kita duduk di takuk lama, sampai bila bila pun kita akan di takuk lama juga. Tak kan naik dan kekal di zon yang kita rasa sangat selesa tanpa kita mencuba untuk berada di zon yang lebih atas.

Untuk Berjaya kita kena ada plan dalam hidup kita. Strategi yang kita perlu cipta untuk capai apa yang kita idamkan. Senaraikan apa yang kita nak untuk 5 tahun akan datang. Senaraikan apa yang kita nak 10 tahun akan datang. Memang Nampak macam bodoh, tapi secara tak langsung ia akan jadi pendorong buat kita. Kalau kita mahukan sesuatu, pasti kita akan berusaha mendapatkannya dan ALLAH pasti akan tolong kita. Dia akan beri Cuma antara cepat atau lambat. Tu lah sikit pengajaran  dari invisible art yang dijual dengan harga yang tinggi walaupun dengan lukisan kosong. Tetapi dengan nama pelukis yang masyur, semua nya berharga.

You Might Also Like

5 comments

  1. Assalamualaikum aswaleyla,

    Pelik as if diaorang tengok dinding kosong.. Hanya peminat lukisan atau seni sahaja dapat menilai.. Kalau suruh LZ nilai, sampai tembus dinding tu LZ perati takde nyer nampak apa, hehehe

    Memang betul, bila produk yang dijual ada nama secara automatic terus terkenal.. Sama jugak seperti designer fashion yang beratus ribu harganya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kalau kitengok tu mcm buta seni la jawabnya. Mmg tak nampak apa duk tenung dinding kosong.hahaha

      Delete
  2. dahsyat....bukan mudah untuk berjaya ke tahap pelukis lukisan kosong...

    tapi pasti dengan usaha yang keras

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu abg arz. Bkn senang nk smpai ke tahap ni. Usaha mmg kne kuat. Million dollar tuu

      Delete

ShopLinks

babab.net