Followers

JOM UNBOXING XIAOMI YI CAM

Assalamualaikum. Baru baru ni lela ada beli xiomi yi cam ni dekat Lazada. ada entry sebelum ni tentang kenapa lela lebih suka beli online de...

Assalamualaikum. Baru baru ni lela ada beli xiomi yi cam ni dekat Lazada. ada entry sebelum ni tentang kenapa lela lebih suka beli online deat website berbanding dengan online seller. Baca sini.

5 SEBAB KENAPA AKU LEBIH SUKA ONLINE SHOPING DI LAZADA


Jadi semalam parcel dah diambil dengan selamat. Lela order hari sabtu malam dan hari isnin tu parcel dah sampai. Supper laju kan ? Sepatut akan dapat 2 parcel sebab ada order monopod sekali tapi monopod sampai hari isnin, pihak pejabat belum keep in data barang pos lagi, jadi hari ni baru boleh ambil. Nanti yang tu review lain lah ya. 


OK, dah jom kita unboxing Xiaomi Yi ni. Kita tengok apa yang dapat dengan harga RM 439. Murah kan ? Slow slow kayuh la, nanti angkat Go Pro pulak. Tunggu kerja dulu laa. 



Parcel yang sampai dalam keadaan yang baik tak ada kemek mana mana part. Terima kasih abang posmen sebab jada parcel kita elok elok. Dah bukak kotak memang tersusun rapi dan ada macam aggeement dan warranty setahun. Siapa yang baca sampai habis memang supperb la. Sebab aku pun tak ada nya nak baca surat panjang tu. 


Yang ni tak pasti nama dia apa. Boople ka pobble ka. Lupa dah. Fungsi nya sebagai monopod ataupun pemegang didalam air. Kalau bawak monopod biasa, in case tangan terlepas pegang, memang selamat jalan la. Kalau air tu cetek tak apa, kalau dalam laut memang hai hai bye bye laa. Kalau pakai yang ni, in case terlepas, dia akan timbul. Fungsi dia macam pelampung laa.


Ini bluetooth shuttle jadi senang nak snap kalau tak guna handphone, boleh guna shuttle ja. Kalau guna handphone lagi smart kot sebab kita boleh tengok keadaan gambar tu macam mana dalam screen handphone. 


Xiaomi Yi bag. Muat lah nak letak accessories dalam tu nanti.


Dapat 16 gb memory card.


Satu monopod. Tapi lela ada order monopod lain. Yang ni macam kurang best sebab pendekdan tak fleksible. Lela order yang 3 ways monopod sebab boleh buat jadi tripod semua. Nanti lela review yang tu pulak. Tak sampai lagi monopod nya.


Charger bateri.


Yang paling best part bateri lela dapat 3 bateri. Tak perlu nak add on lagi bateri. Extra bateri ni sangat penting dalam penggunaan camera ya terutamanya action camera. Sebab in case bateri habis, boleh ganti ganti pakai. Kalau nak tunggu satu bateri tu cas mampuih.



Ada casing. Yang atas tu attachment untuk apa tataw sebab tak pakai lagi.


Yang penting jugak adalah waterproof casing sebab nanti nak bawak masuk dalam air senang.


Dan yang ni taraaa. Are you ready for the sidekick?


Dan ni adalah Yi Cam nya. Lela beli warna putih, nak warna cream tapi out of stock. ada warna kuning hijau tu dengan putih ja. I tak minat warna sangat kalau untuk barang elektronik sebab nampak macam tak exclusive. Jadi lela pilih warna putih nampak eligant dan risau jugak takut kotor, tapi ada case, ok la.


Yang ni bahagian belakang. Diingatkan yang Yi Cam tak ada screen ya belakang. Jangan nak pelik. Tapi boleh connect handphone. Nanti lela review lain yang tu ya.



Nah, setelah di susun susun rapi dalam beg nya. Monopod agak susah nak isi dalam tu nanti susah nak tutup. Tak apa la nanti boleh letak lain sebab monopod tu tak selalu pakai pun kan.

Ok, itu sahaja, kalau ada yang tertinggal, maafkan saya.

Lagi satu, lela beli dekat lazada.com. Yang ni, kalau nak tengok, klik gambar bawah ni. Pilih yang genuine taw, sebab genuine tu ori, bermaksud tulen, So dia bukan fake one la.


Ok, itu sahaja untuk entry ni. Lepas ni lela buat entry review dan beza antara Sj Cam dengan Xiaomi Yi ni ya. Stay tune. 

You Might Also Like

2 comments

ShopLinks

babab.net