let's burn it out the love letter

Assalamualaikum. Siapa sini dulu masa main cinta cinta monyet dulu ada surat cinta? siapa masih simpan surat surat cinta dulu? Kalau za...

Assalamualaikum.


Siapa sini dulu masa main cinta cinta monyet dulu ada surat cinta? siapa masih simpan surat surat cinta dulu? Kalau zaman sekarang memang tak ada dah la nak main surat cinta sebab senang pakai whatsapp ja. Tak payah dah nak mengarang surat panjang panjang. Nasib baik tak buat format surat kiriman rasmi ja. Ini cerita zaman dulu, zaman cinta monyet bergayut di public phone dulu. Sekarang semua dah berubah kan. Kanak kanak zaman sekarang tak dapat rasa lah benda macam ni kan.

Aku ni jenis yang sentimental value sikit rasa nak simpan ja. Banyak lah aku kumpul sampai 1 balang kaca penuh. Punya aku sembunyikan kat dalam bilik takut terkantoi dengan mak ayah. Naya kalau dia baca surat cinta monyet tu. Sekarang aku ambil keputusan hapuskan semua kenangan cinta monyet tu. Buat apa lagi nak simpan, dah lama dah duk dalam simpanan aku. Bagi la aku peluang simpan cinta lain pulak kan. Hehehehe.


Sekarang secara officially surat tersebut sudah dilupuskan di dunia dan juga jauh di lubuk hati aku juga sudah dilupuskan. Hehehe.


You Might Also Like

0 comments

ShopLinks

babab.net