PEREMPUAN NI MEMANG SUKA MELATAH TAK TENTU PASAL

Assalamualaikum. Terasa nak buat entry pasal perempuan. Tak tahu la ni buruk ke baik seorang perempuan. Tetapi lelaki sendiri dah sedia ma...

Assalamualaikum.

Terasa nak buat entry pasal perempuan. Tak tahu la ni buruk ke baik seorang perempuan. Tetapi lelaki sendiri dah sedia maklum dengan perangai perempuan yang macam ni. Cuma lelaki yang penyabar je boleh handle perempuan macam ni.

Sebenarnya bukan susah pun nak pulihkan perempuan kalau dia dah tetiba melatah tak tentu pasal. Eh jap, ni bukan melatah yang tak boleh cuit lepas tu cakap laju laju tu. Ni melatah yang cepat fikir bukan bukan pasal pasangan dia. Paham kan melatah yang macam mana ?

Contoh macam ni la, dah sehari suntuk pasangan korang tak wassap, korang punya wassap pun dia tak seen, lepas tu tengok status boleh je online. Tengok media sosial lain, ada je online. Dan korang akan rasa BOOM! bagai kan nak lancarkan perang dunia serta merta. Tapi korang sabar dulu. Lepas dah esoknya pun macam tu jugak. Apa lagi, korang pon hantar lah satu bom nuclear dekat pasangan korang.

Contoh lain, Kalau hujung minggu pasangan korang bizi tak contact, korang mula la tanya buat apa, dekat mana, kenapa bizi, kalau pasangan korang tak layan mesti korang akan fikir.

"NI MESTI PI DATING DENGAN AWEK LAIN NI!!"

Haa, betul dak ?

Kalau pasangan korang cakap nak tidur. Korang pun dah bye bye macam tu, tengok 2 jam lepas tu pasangan korang masih lagi online dekat wassap. Korang pun macam ..

"HANG BERGAYUT DENGAN SIAPA HAH?"

Hahaha, macam tu la perangai perempuan ni yang cepat melatah. Walaupun lelaki tu elok ja duk main game PSP bagai kan. Lepas tu lelaki pulak buat muka blur tanya kenapa ni? saya ada buat salah ka ?

Bagi lelaki itu mungkin tak salah, tapi yang perempuan ni dia cepat fikir bukan bukan sikit. Tak sikit la sebenarnya banyak. Kalau jenis lelaki ni dia tak suka fikir. Tapi lelaki kena tahu yang perempuan ni akan fikir benda benda macam tu.

Sebab tu lah orang cakap perempaun ni complicated. Tapi sebenarnya tak pun.

Apa lelaki perlu buat ? Cuma berterus terang dan satu benda yang perempuan paling pantang adalah menipu. Walaupun pahit, berkata lah benar. Perempuan akan faham. Kalau hari ni korang nak tipu, esok korang nak tipu. Akhir sekali penipuan korang akan jadi lain dari cerita semalam. Lama kelamaan perempuan ni boleh hidu penipuan korang tu.

Jujur je dengan perempuan. Perempuan dia cuma perlukan penjelasan dan alasan. Nanti dia okay la. Jangan pulak dia tengah membebel, korang pun  nak melenting. Dengar je apa yang dia nak membebel. Sebab dengan membebel, secara tak langsung dia akan keluarkan semua yang ada dalam hati dan lepas tu dia akan baik 100%

Berbanding dengan kalau dia melenting korang pun nak melenting, lepas tu dia terpaksa mengalah ataupun korang, percaya lah, apa yang ada dalam hati dia tak pernah keluar. Dan akan jadi satu dendam yang kalau ada pergaduhan, dia akan ungkit balik. Kalau dia dah habiskan membebel awal awal, dia dah lupa dah kes lepas tu.

Haa ni lah kunci dia kalau nak handle perempuan cepat melatah ni. Jangan perempuan melatah, lelaki nak melatah sekali. Yang mana lelaki yang mana perempuan kalau macam tu.

Apa apa pun korang tahu macam mana nak handle hubungan korang sendiri. Lain orang mungkin lain gaya, lain ragam. Kenali pasangan korang tu dulu macam mana. Tapi kalau jenis aku  ni memang macam tu laa.




You Might Also Like

2 comments

  1. Oooo melatah gitew... Kalu latah bercakap bebukan tu lg haru.., penat... Hi hi hi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. itu SS yg melatah cakap bukan2 .

      Delete

ShopLinks

babab.net