THE SHALLOWS : MOVIE SURVIVAL

Assalamualaikum. Siapa dah tengok movie The Shallows ni? Mesti dah kan? sebab dekat wayang pun dah habis. Lela memang jenis tak tunggu ...

Assalamualaikum.


Siapa dah tengok movie The Shallows ni? Mesti dah kan? sebab dekat wayang pun dah habis. Lela memang jenis tak tunggu pintu wayang. Jadi memang susah sangat lah nak pergi tengok wayang. Memang akan tunggu kawan download baru tengok. Bukan nak tengok free, tapi kalau pergi wayang tu buang masa buang duit sia sia je.

Kalau dah pergi wayang, lepas wayang shoping pulak. Habis habis dapat seluar, baju, kasut, baru balik. Tak ke meneghabiskan duit kalau macam tu. Minyak kereta, makan kat luar lagi, lagi la macam air duit keluar nya.

Ok, pasal cerita ni bagi lela best sebab sampaikan menjerit jerit dengan kawan. Sangat survival cerita ni. Tak boleh bayangkan kalau lela dekat tempat dia. Memang awal awal dah mati dulu. Sebab lela tak pandai berenang. Hehehe.

Walaupun cerita ni tak banyak pelakon, memang boleh cakap cost sikit je pakai sebab cerita memang dekat laut semata, tapi lela lagi vote cerita ni daripada cerita melayu yang duk sewa rumah banglo 5 6 tingkat, pakai kereta mercedes, pakai kereta audi kononnya anak tan sri kan.

Seriusly kagum dengan pelakon luar sebab time dia tersangkut dekat tengah laut, make up 1 pun tak calit kat muka. Memang muka super burn habis lah. Mungkin make up jadi burn, Tapi haruslah burn kalau duk shooting tengah laut. Dia punya muka sememeh memang real la dengan cerita.

Kalau cerita melayu?  Nak tidur pun pakai eye shadow mata ala ala arabic. Tengah solat pakai telekung pun pipi merah blusher, bibir merah mak ngah. Mata bulu mata 1 2 inci. Tak real tahu. Macam nak jual muka ja lebih.

Walaupun cerita ni nampak rekaan semata mata, tapi logik tu masih boleh fikir. Bukan niat nak memuju industri lakonan mat salleh, tapi realiti nya mcam tu lah. Boleh nampak sendiri kan.

Siapa yang belum tengok, haruslah korang tengok sebab best. Ketaq palo tengok sebab takut kat shark. Siapa je kat sini tak takut shark kan.

You Might Also Like

3 comments

  1. Kalau dah sampai menjerit tu... Idok le akak nak nengok dik. Nanti sebelum tidur teringat-ringat dan terbayang-banyang..

    Oh tidak. Akak setuju tentang cerita Melayu bermakeup walaupun bertelekung.. Walaupun pakai baju tidur..

    Susah nak jumpa cerita Melayu yang tak makeup waktu sin tertentu.

    ReplyDelete
  2. betul sangat tu kak. cite melayu semua part nak kena make up jaa. tak boleh nampak tak lekeh, takut tak laku cerita

    ReplyDelete
  3. alamak tertinggal tren. tak tengok lagi cerita ni

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net