Followers

BABY OCTOPUS IN RED FOR DINNER

Hai dan Assalamualaikum. Semalam siapa yang ada follow instagram lela mesti perasan yang ada upload gambar pasal baby octopus in red ni. J...

Hai dan Assalamualaikum.

Semalam siapa yang ada follow instagram lela mesti perasan yang ada upload gambar pasal baby octopus in red ni. Jenuh kawan lela duk cari mana octopus ni. Memang tak ada la cerita dia sebab itu cuma nama rekaan lela semata mata.

Sebenarnya lela masak sambal sosej macam tu la, nak cakap sambal tu tak jugak. Memang resepi main campak campak dan alhamdulillah licin kena sapu dekat housemate. Happy la kalau masakkan kita orang makan habis dengan seleranya. ye dak ?


Mohon cari mana satu octopus di situ

Lela panggil octopus sebab rupa sosej tu macam baby octopus. Housemate selalu goreng sosej buat macam ni. Nampak cute dan lela pun terikut sama buat macam ni kalau nak masak sosej. Lebih cepat masak, menyeluruh dan yang penting comel.

Meh nak kongsi sikit cara buat sosej jadi baby octopus. Senang sangat ja. 


Cara dia macam ni. sosej tu potong 4 bagi jadi pendenk pendek. Lepas tu belah 4 tapi jangan sampai terputus. Belah 3/4 ja. 


Lepas tu goreng laa. See, dia dah jadi baby octopus. Comel kan? Tak pa la korang cakap tak comel pon, tapi bagi lela tetap comel. Hahaha.


Campur goreng dengan kentang dan lada benggala. Lepas tu tumis sambal sesedap rasa lah. Lepas tu dah siap boleh makan malam. Jangan buat pedas sangat kang malam malam duk ulang pergi tandas.


Selamat makan malam semua. Diet mana pun kita, jangan pernah tinggal sarapan, makan tengah hari dan makan malam yaa. Cuma makan dalam kuantiti yang sedikit. 

You Might Also Like

18 comments

  1. hshshs ingat sotong betul, comel betul. nanti nak try jugak la. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha. try la iday. mesti kak iday suka lepas tu sebab comel sangat

      Delete
  2. baby octopus ek? haha boleh sale ni kalau betul betul jual

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaa. mau tak kne marah dengan costumer nanti sebab tak ada octopus pun. yang ada sosej jaaa.

      Delete
  3. oooo.. begitu.. haha ingat baby octupos tadi.. kreatif2.. bagus2..

    ReplyDelete
  4. ingatkan betul2 baby oktopus tadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. ramai jugak terpedaya. maaf tak ada niat pun. hehehe

      Delete
  5. cepat2 akak klik sebab akak ni penggemar baby octopus..sabar jer la...hehehe...tp kreatif la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa kak alaaa. hehehe. terpedaya kann. tak pe, nnti boleh msk kat dania mcm ni. tipu dania cakap baby octupus

      Delete
  6. mata saya asyik mencari2 di manakah letaknya octupus itu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak. dh ramai yg terkena nii.hehehe

      Delete
  7. TQ Lela for idea..
    Nak buat macam gini jugalah.. senang anak2 nak makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 kak. memang sesuai sangat untuk anak2. lagi diorang suka nanti

      Delete
  8. Lahhh ingatkan betullah octopus tadi. Hehe. Nice idea lela. Sesuai untuk tarik minat anak-anak kecil yang tak suka makan. Hee =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. ramai terpedaya. sudah la lepas ni orsng mrh. haah, kanak2 konfem suka niiii

      Delete

ShopLinks

babab.net