EKSPORASI TIRUK : CEMERONG-BEREMBUN-LANGSIR, TERENGGANU

Asslamalaikum. Hai jumpalagi kita, Alhamdulillah lela dah sampai ke kolej kediaman semalam, dah selamat turun dari gunung berembun. Alhamd...

Asslamalaikum.

Hai jumpalagi kita, Alhamdulillah lela dah sampai ke kolej kediaman semalam, dah selamat turun dari gunung berembun. Alhamdulillah tak ada sakit mana mana cuma yang tegang urat tu biasa lah kan. Lari pon boleh sakit betis. Jadi itu bukan dalam katogeri sakit ya.

Lela nak kongsi dari awal pun tak tahu macam mana. Jadi kalau korang nak info lebih boleh baca info dekat blog blog hikers lain. Sebab lela tak reti nak cerita pasal info dan tentatif ni sebab lela pun ikot kelab kembara, bukan lela yang manage sendiri trip ni.

Kalau korang nak tengok gambar view dan kalau boleh tahan muntah tengok gambar lela, terus kan membaca blog ni ya. Hehehe.

Ok, jom kita mula.


Day 1:

7.10.2016

Kami start bertolak dari Hutan Lipur Cemorong dalam Jam 10:30 macam tu, Agak lewat dari plan sebenar sebab kami dari Perlis, nak laju tu susah sikit lah kan. Tapi Alhamdulillah tetap jugak hike sebelum tengah hari.


Hari first sebelum panjat gunug muka masih lagi mampu bergelak ketawa sebab masih belum tahu apa yang bakal ditempuhi di gunung sana.

Kami cuma singgah makan tengah hari di Kem Balak, Kami group ke 2 yang smapai, jadi ada masa sikit je untuk mandi di Kem B, group pertama yang dah sampai awal siap boleh mandi manda lagi. Aku nasihatkan jangan mandi kalau korang masih nak teruskan perjalanan sebab badan akan rasa sangat penat dan cepat pewai bila dah kena air sejuk melainkan korang memang akan bermalam disitu.

Untuk ke Kem Y lela join group pertama, mak ai laju macam berlari dalam hutan diorang ni jalan. Semua lelaki cuma kami dua je perempuan. Terpaksa moral up sikit taknak bagi susahkan diorang. Sekejap je dah sampai Kem Y sebab jalan tak semencabar ke Kem Balak sebab dekat situ ada bukit taubat.

Berhenti dekat kem Y untuk solat lepas tu teruskan perjalanan. Perjalanan kali ni mental aku agak down sebab dah mula fikir penat dan jalan dia mencanak naik bukit lagi. Tenaga dah hampir habis tapi ku gagahkan jua. Hehehe.

Sampai di pokok berlubang kita ambil gambar dulu.

Lepas tu teruskan perjalan sehingga sampai di Taman Bonzai. Dekat sini view sangat cantik, dengan dipenuhi pokok bonzai dan boleh nampak gunung dekat depan. Sangat cantik.



Teruskan perjalanan sehingga ke puncak Gunung Berembun.



Kami dua perempuan memang ikut geng laki yang laju bukan kepalang ni. Sabar je la ikut diorang ni. Mental betul kena kuat.


Teruskan perjalanan mencanak turun nak ke base camp kami di Lata Langsir. Part ni perih jugak tapi aku suka sebab menurun, cepat dan tak penat cuma kena main dengan cara kaki nak landing ja.


Alhamdulillah sampai di base camp jam 5:20 petang. Nasib sampai awal sebab tak sampai setengah jam kami sampai hujan lebat. Basah kuyub sejuk menggeletar la jawab nya. Paling kesian sweper paling last sampai jam 10:30 malam sebab ada yang injured kat belakang.


Dah sampai sempat mandi kejap lepas tu hujan selebat nya. Barang khemah macam flyers, base semua ada dekat geng belakang, jadi memang kebasahan kesejukan menggit tulang putih la jawab nya sampai lah ke malam baru diorang sampai.

8.10.2016

Esok nya layan sunrise dekat Lata Langsir. Bawah tempat kami camping ja. Korang kalau dah pergi tenpat macam ni, tolong la rajin bergerak sikit. Dah penat panjat sampai atas takkan nak lepaskan peluang depan mata kan. Bangun la awal cari sunrise. tak rugi nya tinggal tidur tu.

Lepas tu sarapan dan mandi manda dekat Lata Lesung. Syok boleh main water slide semula jadi, Tapi lebam la bontot. Sekali sekali boleh la main.


Lepas tu balik campsite dan makan tengah tengahari, Tapi sebelum makan aku sempat lagi merayap dekat bawah sana. Memang port feveret aku. Baring2 ata batu, Jalan jalan sampai bawah. Sempat snap gambar lawa kat situ.




Lepas makan, Ada group yang nak pergi ke Sungai Bangan, ada ja yang nak rehat dekat khemah. Aku ? haruslah pergi. Kan dah cakap alang alang dekat sini, kita pergi la semua tempat. Baru la puas hati. Penat tu belakang kira. (Ingat aku tak reti penat ka)

Lepas balik dari Sungai Bangan, sesi bergambar berkumpulan pulak.

Lepas tu dah malam, sesi makan malam dan lepak lepak. Lepas tu tidur lah.

9.10.2016


Bangun awal terus aku terpacak tunggu sunrise. Tapi malang nya sunrise hari kedua tak secantik hari pertama. Rugi la siapa yang tak bangun awal hari pertama tuuu.

Lepas tu kemas khemah sebab dah nak balik. Makan pagi dan terus gerak balik. Balik seronok sikit sebab tak banyak yang kena daki. Kami jadi menurun, so dia lebih senang laa.

Dah sampai bawah, uncle tu bawak pergi air terjun cemerong. Air terjun tertinggi di Asia Tenggara.

"Sekarang ni, air terjun tertinggi dekat asia tenggara ade depang mate mung sekarang"  Kata Uncle.

Lepas dah puas bergambar, baru turun ke Jabatan Hutan Lipur. Yeyyy booleh mandi dengan senang dan paling penting boleh membuang dekat tandas. Kami sampai jam 2:30 petang. Group pertama yang sampai. Group last sampai dalam pukul 7 sebab yang injurt tu. Kesian dia..

Ok, sampai sini je la dulu, maaflah tak banyak info yang aku boleh bagi sebab trip ni under kelab, jadi aku tak amik port sangat. Sebab aku bukan ahli pun. Aku ikut jaa. Ni bagi la info sikit kat bawah kot kot berguna kan.

INFO :

1. Permit untuk hiking ke CBL RM5
2. Guider RM500 seorang guider untuk 12 orang sahaja.
3. Kena buat surat untuk Jabatan Perhutanan Hutan Lipur Cemerong untuk buat trip.

Tu je la yang aku tahu, hehehe.. sory tak banyak boleh bantu.

You Might Also Like

8 comments

  1. wah lawa betul tempat tu. kali terakhir saya pergi ekspedisi macam ni ialah pada zaman U, lepas tu memang dah xde aktiviti panjat memanjat ni...tak larat dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. time zaman u la nak panjat sane panjat sini kan. lepas dah habis, mane sempat nak layan benda macam ni. kena guna masa sebaik yg mgkin nii

      Delete
  2. Bukan boleh main redah untuk ke lokasi ni ya.. Penat lelah lela berbaloi ble dapat tgk matahari terbit.. Dapat mandi air sungai yang jernih.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak reen.penat sngt trek mcm apa ja. Tapi serius berbaloi dengan apa yang lela dpt kat atas tu

      Delete
  3. pergh lawa gila. maigad! serious kena pergi.

    ReplyDelete
  4. Tahniah dah sampai sana. Banyak info dapat kat sini. Next time kite nak pergi jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. tengok husin p gunung tebu pon seronok jugak

      Delete

ShopLinks

babab.net