5 PERKARA PERLU BUAT BILA CINTA JARAK JAUH

Assalamualaikum. Lama dah tak layan jiwang dekat blog. Pagi pagi buta ni dengar lagu jiwang jiwang rasa macam nak buat entry pasal cinta p...

Assalamualaikum.

Lama dah tak layan jiwang dekat blog. Pagi pagi buta ni dengar lagu jiwang jiwang rasa macam nak buat entry pasal cinta pulak.

Sebelum kita proceed dekat apa perlu buat bila cinta jarak jauh, sudilah kiranya baca dulu entry ni. Satu entry lama yang aku korek balik dalam blog, Kalau taknak baca pun tak apa. tak ada kaitan pun.


Siapa kat sini menjalani cita jarak jauh ni? Cinta yang bercinta, bukan cinta dah kahwin. Sebab kalau cinta jarak jauh untuk golongan kahwin memang terseksa la. Kalau cinta bercinta ni dia lain sikit, masih boleh buat tak tahu sebab masing masing ada hidup sendiri. Jadi tak rasa sangat berjauhan. Apatah lagi zaman sekarang teknologi  canggih canggih kan.

Untuk yang bercinta jarak jauh ni apa yang perlu korang buat adalah.

1.DOA

Doa lah banyak banyak semoga Allah kekalkan hubungan korang dan sentiasa menjaga hati korang daripada melihat perempuan atau lelaki lain. Biasa lah kalau dah jauh ni, ada saje yang dekat dekat ambil berat pasal kita terus jatuh cinta dekat orang baru kan.


2.PERCAYA

Percaya ni penting. Percaya kepada pasangan korang yang dia pun sama macam korang, tak ada pun keluar dating dengan orang lain. Melainkan korang nampak dengan mata kepala korang sendiri. Kalau pun dia berlaku curang di belakang korang. Suatu hari akan terkantoi jugak. Jadi, percaya saja dan berserah kepada jodoh Allah.

3.SETIA.


Setia ni sama macam aku cakap dekat atas, kalau kita tak curang, pasangan kita pun tak kan curang. Jadi kalau kita nak dia setia, kita lah dulu yang kena setia sama.

4.BERI DAN TERIMA

Ni macam kira give and take la. Nak give and take macam mana kalau dah jauh jauh. Macam ni la, kalau selalu dia yang call, kenapa tak kita pulak yang call, kalau asyik dia je yang call, mesti lah dia akan rasa macam "asyik aku je yang call, asyik aku je yang rindu, dia macam tak de pun cari aku kalau aku tak call" haa, macam tu la, Lagi satu, kalau dia selalu datang tempat kita untuk berjumpa, apa salahnya kita pulak pergi tempat dia untuk berjumpa. Tu lah orang kata give and take.

5.BUAT DIA RASA ADA AWAK

Buat dia rasa ada awak ni macam kalau dia ada masalah, dan perlukan seseorang untuk dengar luahan hati dia. Kita kena lah ada, jangan pulak dia ada masalah nak cerita, kita pulak buat merajuk sebab lama tak jumpa. Jangan lah macam tu.

Lagi satu, walau sibuk mana pun dia, kadang kadang kerja tak sempat nak ber whatsaap, apa kata kita whatsapp setiap pagi "Assalamualaikum, selamat pagi awak". Walaupun dia bizi, dia akan baca jugak, dan mesti dia tersenyum baca bila pagi pagi dah ada whatsapp ucapan selamat pagi. Mesti satu hari tu dia rasa ditemani sampai ke malam.

Bagi lela ucapan selamat malam tak seindah ucapan selamat pagi. Selamat pagi tu mampu mengubah mood sesorang sehingga ke malam.


Ok, itu ja 5 perkara yang perlu buat bila cinta jarak jauh ni. Ujian tu memang banyak. Lagi lagi kalau kehidupan seharian kita yang berbeza. Persefahaman tu sangat penting. Kau paham aku, aku paham kau, ok dah settle, tu ja. Dan yang paling paling penting percaya pada jodoh, qada dan qadar Allah. Kalau dah tertulis dia jodoh kita, jauh beribu batu pun tetap akan bersatu. In shaa Allah.

You Might Also Like

10 comments

  1. husna pon dikira tergolong dlm bercinta jarak jauh jgk.. kalau jenis yg tak kisah pon kalau tak berjumpa, takpaa.. dgn 5 perkara dia atas inshaAllah hubungan akan bertambah erat.. tp kalau jenis yg sesikit mintak nak jumpa ni susah jgk.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. kena relek2 ja. tak leh nak push sngt. fllow the flow kata org

      Delete
  2. erin pun ldr jugak. boyfriend study dekat uk. all 5 ni semua betul. but kena tambah number 6. sabar T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh lagi laaa jauhhh. sabar ye erin. semoga kekal bahagia walaupun berjauhan

      Delete
  3. Mai pun bercinta jarak jauh juga, hihihi. Memang 5 prinsip kat atas penting dlm PJJ ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. sapa yg pjj ni mmg kena banyak sabar la kan.

      Delete
  4. cinta jarak jauh ni mmg susah. tp bagi siapa yang mampu menjaga smua perkara. memnag superb. semua di atas tu betul. hehe

    ReplyDelete
  5. Saya nak komen jugaklah walaupun entry ni dah lama.

    Saya tak pernah becinta sama ada jarak jauh atau dekat. Apa yg dikata jauh, apa yg dikata dekat saya pun tak tau jarak tu.

    Mereka yg bercinta jarak jauh ni banyak dugaan tapi boleh jadi positif. Boleh jadi pasangan sempurna kalau dua2nya setia. Mereka jadi pasangan perferct, cuma yang tak perfect ialah jaraknya.

    ReplyDelete
  6. Siqah pun dulu bercinta jarak jauh jugak. Siqah belajar di Kelantan dan si dia (sekarang suami) kerja di KL. Dan semua 5 perkara yang lela cakap ni betul sangat. Sabar, setia, dan memahami. Setuju dengan lela yang ucapan good morning drpd dia boleh membuatkan kita gembira sepanjang hari :D

    Btw, cantiknya gambar last tu :)

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net