AKU JENIS TAK CEREWET TAPI TERPAKSA JADI CEREWET SEBAB DESIGN

Assalamualaikum. Seperti yang korang semua tahu aku sedang menuntut dalam kos product development engineering. Dulu time diploma aku ambil...

Assalamualaikum.

Seperti yang korang semua tahu aku sedang menuntut dalam kos product development engineering. Dulu time diploma aku ambil manufacturing engineering memang kata orang pure engineering. Masuk kelas ngadap lecture, masuk lab ngadap machine la.

Bila sambung lagi, aku lebih kepada design. Lebih kepada pembangunan produk. Jadi memang nak tak nak kena belajar design from the basic sebab aku memang jenis tak pandai melukis. Cuma boleh untuk software je. Kalau nak bagi aku lukis orang silap silap jadi zombie.

Tapi nak tak nak terpaksa juga lah aku berdepan dengan semua tu. Terpaksa cari bakat sendiri. Untuk part engineering memang aku dah ambil dari diploma jadi tak ada masalah untuk tu. Cuma masalah untuk design.

Aku ni bukan jenis yang cerewet ataupun perfectionist taw. Kalau bab kena buat projek, aku boleh la nak kata perfectionist sikit. Sebab buat kerja tangan aku nak kena nampak benda tu menjadi dan kalau ada cacat cela rasa macam tak puas ja.

Ni bab nak kena draw dekat A3, nak kena render, nak kena jaga kertas tu tak nak bagi rosak. Taknak bagi konyok walupun sikit. Kalau boleh kertas tu nak kena elok terjaga rapi. Nnak tampal pun nak kena pakai spray mount dan tak boleh langsung pakai gam. Tampal pun nak kena betul betul sama.

Dan sebab kami baru spray dan tak berapa nak lekat. Ini lah akibatnya. Hehehe.

contoh poster presentation

Nasib baik kami punya kena tarik macam tu jaa. Ada je yang kena koyak terus poster diorang. Tapi awal awal lagi lecturer dah bagitahu dan dia bagi masa perbaiki. Jadi tak ada lah nak marah sangat.

Lepas ni aku kena belajar jadi cerewet dalam buat kerja. Lecturer pun dah warning tadi jangan ada sikit pun rosak. Jangan ada konyok sikit pun. Jangan ada kesan lipat sikit pun. Jangan gulung sikit pun drawing paper.

technical poster

Okay, lepas ni aku pulak jadi orang yang cerewet. Sebelum ni buat kerja main cincai ja. Amik kau. Bertabah lah.


You Might Also Like

1 comments

  1. Ketelitian memerlukan kesabaran kan...kan...insyaAllah boleh..

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net