CARA BUAT BUBUR SIMPLE UNTUK ORANG DEMAM

Assalamualaikum. Sebenarnya kes ni tak ada pun orang demam. atau pun aku yang demam. Saja je semalam macam teringin nak makan bubur. Kalau...

Assalamualaikum.

Sebenarnya kes ni tak ada pun orang demam. atau pun aku yang demam. Saja je semalam macam teringin nak makan bubur. Kalau dekat Terengganu orang panggil bubur nasi. Kalau dekat Perlis orang panggil moi sup. Tempat lain aku tak sure.


Bubur ka, bubur nasi ka, moi sup ka, semua benda yang sama tetapi mungkin cara buat dan selera lain lain. Ada yang nak makan bubur McDonalds je memanjang. Asal demam je nak mcdonalds. sebenarnya senang je nak buat sendiri. Tak payah nak susah susah keluar beli.


Ni versi aku memang versi simple gila kata orang sebab duduk pun hostel. Mana nak ada barangan dapur yang lengkap kan.

Bahan bahan yang aku guna.

Beras
Air
Isi ayam (rebus/goreng)
Kiub pati ayam
Garam
Ikan bilis goreng
Bawang goreng (goreng sendiri lagi sedap dari segera)
Serbuk cili

Cara cara.


  1. 1 cup beras masak dengan setengah air dalam periuk. (beras basuh dulu tahu)
  2. Dah mendidih air dalam periuk, masukkan kiub pati ayam dan garam. Rasa sehingga seimbang.
  3. Masak sampai nasi betul betul lembik dan lembut. Kalau tak lembut lagi, tambah air. Jangan pekat sangat dan jangan cair sangat. Ikut citarasa.
  4. Dah elok, masukkan dalam mangkuk
  5. Carikkan isi ayam yang dah direbus, tabur atas bubur tadi.
  6. Tabur ikan bilis, bawang goreng, dan serbuk cili.
  7. Dah siap. Boleh makan dah.


*Dah siap, boleh tabur daun sup tapi aku tak ada stok kat rumah. 
*Boleh masukkan sayur campur jugak. masukkan lobak merah atau kentang. 


Selamat menjamu selera. Semoga yang demam cepat baik dan yang sakit cepat sembuh ya. 

You Might Also Like

3 comments

  1. Replies
    1. tu baru tengok kak nani. kalau rasa memang menambah nambah lah jawbnyaa

      Delete
  2. Uikkk terus rasa nak buat bubur nie. Sedap bubur dia :)

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net