GARLIC BREAD WITH MUSHROOM SOUP

Assalamualaikum. Dah sarapan semua ? Harapnya semua dah sebab dah nak pukul 9 dah ni, sarapan tu penting tau. Jangan skip skip walaupun ko...

Assalamualaikum.

Dah sarapan semua ? Harapnya semua dah sebab dah nak pukul 9 dah ni, sarapan tu penting tau. Jangan skip skip walaupun korang dalam diet. Kalau nak skip makan tengah hari atau tengah malam, ok lagi. Tapi pliss jangan skip sarapan. Sebab sarapan akan mengubah hari korang menjadi positif atau negatif.

Saja membebel kata atas tu sebab sebenarnya nak update pasal sarapan pagi ni. Hari tu ada beli french toast dekat giant. Allaaaa, roti yang keras macam pedang star wars tu.. Yang boleh buat pukul orang tu. Entah la kenapa aku suka walaupun roti dia keras dan kenyal. Acah acah mat saleh sangat kan.

Garlic Bread With Mushroom Soup.

Tara.....

breakfast idea


Nak buat garlic bread ni senang ja. Aku parut garlic dan goreng dengan butter. Goreng sampai coklat.


Ok, lepas tu sapu butter dan garlic tu dekat french loaf dan bakar atas pemanggang, aku bakar atas multi cooker je sebab time beli tu ada pan untuk masak dan ada untuk grill sekali.



Soup dia aku pakai tin ja. Mushroom soup cambell dengan susu segar tambah air sikit dan masak sampai mendidih. Siap di hidangkann. 😋😋😋😋😋😋😋😋


Aku lebih suka masakan western sebab simple dan senang buat tambah lagi barang barang simple ja. Pakai garlic dengan butter dah boleh buat garlic bread. Kalau nak buat nasi lemak nak kena bawang la, ikan bilis, santan, daun pandan, cili kering, macam macam lagi lah. Leceh sikit kan.


Nampak sedap kan ? 😋😋 Dan memang sedap pun. Kalau dekat cafe ni mahu tak RM10 dan dapat pun baru 3 4 potong roti. Kalau buat sendiri, satu batang loaf RM1 dah dapat 12 potong roti. Mushroom soup pulak banyak boleh makan untuk 4 5 batang loaf, Nampak tak penjimatan dan kepuashatian makan dekat situ. Modal sikit boleh makan banyak.


Lepas ni jangan segan silu buat kat rumah masing masing ya, mesti ramai yang suka ni. Tak payah dah nak gi lepak dekat cafe hipster nak makan benda yang murah tapi kena bayar mahal. Tak payah nak jadi hipster kalau beg duit nipis. Jadi biasa biasa sudah, makan je dekat rumah. Selamat besarapan semua.


You Might Also Like

8 comments

  1. Replies
    1. hehehe. maaf2. sje je nak bgi awk sarapan pgi2.

      Delete
  2. looks yummy! nak try buatlah nanti hehe lenne suka the ones yg kat pizza and domino's :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat la awk, senang ja ni. senang dan sedap dan banyak. Puas hati la boleh makan bnyak drpd dekat dominos ke pizza, sikit jaa

      Delete
  3. Mushroom soup.. Kak Reen suka brand Vano.. Nyummmm

    ReplyDelete
  4. bila tengok makanan nie terasa lapar lah pulak

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net