Followers

HOW'S MILITARY TRAINING CHANGE MY PERSONALITY

Assalamualaikum. 3 tahun lepas bermula tahun 2012 berumur 18 tahun aku join Palapes di UniMAP. Atau dikenali juga sebagai Reserve Offic...

Assalamualaikum.

3 tahun lepas bermula tahun 2012 berumur 18 tahun aku join Palapes di UniMAP. Atau dikenali juga sebagai Reserve Officer Training Unit. Memang kalau askar betul baca entry ni naik muak dia. Entry ni bukan sebagai seorang askar sebab aku bukanlah seorang askar yang gagah perkasa. Cuma wataniah. Memang sangat rendah berbanding askar regular. Tapi entry ni sebagai seorang pelajar yang memenuhi masa dengan belajar pelajaran universiti dan belajar serba sedikit ilmu tentera. Kepada askar regular tolong jangan kecam saya ya. Saya tahu betapa kecilnya kami kalau nak dibanding kan dengan askar regular. 

Bagi aku penyertaan dalam Palapes ni sangat berbaloi. Banyak ilmu yang akan dapat dan banyak perubahan yang akan terjadi dalam diri masing masing. Walaupun bukan 100% tetapi cukuplah untuk dipraktik kan dalam alam pekerjaan nanti.

(Acah perform pulak duk depan sekali, kebetulan pulak kan duk depan)

Kuatkan Mental dan Fizikal. 

Sepanjang 3 tahun bawah latihan sebagai pegawai kadet, banyak benda yang kami lalui. Dulu kami tak tahu apa apa, jalan pun lambat lambat, buat kerja pun lambat lambat. Bila 3 tahun dilatih, mental fizikal memang memainkan peranan penting.

Kedua dua nya perlu kuat dan tahan. Fizikal memang banyak kerja berat kena buat. Biasa lah kalau junior semua benda kena buat. Sebenarnya belajar. Bila dah naik inter, senior kerja pun dah kurang, Lemak pun dah bertambah.

Tetapi fizikal tak kuat masing boleh dibantuu dengan mental yang kuat. Regging maki marah semua tu perkara biasa. Tahan je la, nak seronok lagi kalau kena maki kami senyum ja. Lama lama jurulatih yang mental.

Semua benda akan berlalu dan pergi. Jadi lalui setiap saat dengan senyum dan buat tak tahu ja. Nanti akan berlalu dengan masa. Bila dah habis, memang akan rindu time kena maki, time kena hell.

Tapi kadet sekarang dah manja, bagi physical training sikit dah mengadu dekat orang atas. Masa ni memang lepas, tapi percayalah tak ada apa yang korang belajar kalau buat macam ni.

Belajar Ilmu Ketenteraan.

Walaupun kami tak belajar secara mendalam dan cuma belajar basic ja, tapi kami tetap boleh serap serba sedikit ilmu. Walupun tak mantap macam regular tetapi sekurang kurangnya kami faham dan tahu tentang peperangan sebenar. Kami belajar taktik dan keadaan perang.

Lebih baik daripada oarang yang kosong tentang ilmu ketenteraan ni. Bagi aku ilmu ni penting kerana negara milik bersama. Kita juga kena tahu apa yang perlu negara pertahankan. Jika kita kosong dengan ilmu ni, perasaan sayang pada negara seperti tiada nilai. Hanyalah meniti di bibir sahaja.



Belajar Bekerja Dalam Tekanan.

Semasa kena suruh buat kerja, nanti ada lah ugutan ugutan nya. Nak suruh kita stress. Sambil buat kerja kalau lambat, sempat lagi kena jerkah, kena tengking, kena marah. Tapi macam ni jugak nanti bila kita kerja. Benda yang sama walaupun bos kita tak ada lah nak bagi hell kat situ tetapi tetap dalam tekanan.

Kalau diberi kerja memang nak perfect dan cepat. Kerja dengan askar kalau dia cakap nak macam tu, macam tu lah kita kena bagi. Tak tahu macam mana nak buat, tetap kena hantar yang macam tu. Pandai pandai lah cari jalan sendiri.

Belajar Hormati Masa.

Ni kalau bab tunggu orang memang aku pantang sikit. Kalau bab tengok orang buat kerja terhegeh hegeh memang rasa nak je pergi aku buat sendiri nak nak kalau buat burger ka, nak assemble makan yang dah siap ka memang sangat menguji kesabaran aku.

Walaupun aku jenis yang suka buat kerja last minit, tapi kerja tetap akan submit tepat pada waktu. Tak kira bila kau buat, hantar tetap kena tepat pada masa.

Askar tak ada lah ajar suruh awal pada masa tetapi tepat pada masa. Kalau awal pun susah jugak. Kan awal sangat orang suruh lepas tembakan 0700, korang pegi lepas 0645, gagal lah. Tetap kena tepati masa 0700 barulah berjaya.

Seimbangkan Pelajaran Dan Aktiviti Tentera.

Yang ni bagi aku tak ada lah terganggu sangat. Mungkin rasa penat tu buat korang rasa nak tidur dan taknak siapkan assignment. Tu masalah korang lah, bukan ada kaitan dengan latihan kan. Biasanya latihan akan dibuat time cuti sem. Jadi harus korbankan sedikit masa untuk latihan dan tak boleh balik awal jumpa mak ayah. Jadilah macam ni.


Belajar sesuaikan Diri Dalam Semua Keadaan. 

Cerewet. Satu perkataan yang aku paling pantang. Nak makan ni tak lalu, nak makan tu tak selera, nak duduk atas tanah takut kotor, nak lepak mamak geli. Memang aku tak boleh dengan orang yang macam ni. Sebabaku rilek ja tido atas tanah, tido dalam kubu dengan lumpur. Tapi dengan loreng la, kalau pakai baju awam aku pun tak hingin.

Tapi bila kita dah pelajar macam tu, kita senang nak sesuai kan diri dengan apa pun keadaan. Tak adalah yang itu nak pilih, yang ini geli, yang itu kotor. Mungkin ada yang kita rasa kotor tetapi masih boleh berlagak tak ada apa dan boleh atasi dengan tenang. Tak perlu nak jerit melenting.


Belajar Cari Duit Sendiri Tanpa Susahkan Ibu Bapa.

Kalau zaman dulu yang join askar semua orang susah. Masuk askar dah tak kisah kalau kena belasah sebab nak tolong mak ayah. Tapi sekarang yang kaya pun join askar lepas tu dapat pangkat tinggi tinggi.

Aku cukup respect dekat muda mudi yang join askar sebab nak tolong ringankan beban mak ayah daripada duk kampung merempit sana sini dan susahkan mak ayah.

Bab aku pulak, join palapes ni dapat elaun setiap kali latihan. Walaupun tak banyak, tapi cukuplah untuk tampung perbelanjaan dekat universiti. Bila dah PTPTN habis, sempat lagi guna duit elaun pulak.

Kalau duit masuk time duk kampung, boleh lah belanja mak ayah makan sedap, mahal mahal sikit. Kalau nak bagi mak ayah memang tak sempat la sebab bukan banyak. Kalau bagi pun mak ayah tak ambil sebab kita pun perlu pakai duit jugak.


Banyak lagi sebenarnya yang tak tersenarai. Yang ni antara yang aku boleh bagitahu lah, tak larat pulak nak taip sepanjang 3 tahun aku jadi kadet. Sekarang Alhamdulillah dah jadi pegawai muda tapi masih banyak lagi yang perlu belajar.

You Might Also Like

5 comments

  1. bagusnyaa.. husna paling tak suka masuk ketenteraan mcm ni.. hahaha.. tak taw kenapa.. risau mcm² kot..

    ReplyDelete
  2. Aktiviti seperti ni dapat buat kita lebih berkeyakinan pada diri sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak. kalau tak lela ni penakut macam apa ja. tapi dah masuk ni pun penakut jugak cuma kurang sikit ja

      Delete
  3. salam, tak teringin nak smbung trus jadi askar regular ke?

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net