Followers

MUKA AKU ADA DALAM PAGE KECANTIKAN DI FACEBOOK TANPA KEBENARAN

Assalamualaikum. Nak dijadikan cerita masa cuti mid sem hari tu. Tengah sibuk sibuk aku duk siapkan order biskut florenta. (Gigih balik 3 ...

Assalamualaikum.

Nak dijadikan cerita masa cuti mid sem hari tu. Tengah sibuk sibuk aku duk siapkan order biskut florenta. (Gigih balik 3 hari pun nak ambil order) Kawan bilik aku hantar screenshot facebook, Lepas tu aku memang lambat nak download sebab internet kat kampung macam siput.

Baca ja komen komen diorang semua duk cakap aku retis lah, famous lah apa lah. Aku pun download lah, mak aih ! terkejut mak tengok muka mak ada dekat page kecantikan. Eh, kalau muka cantik tak kisah lah. Ni muka buruk kot. HAHAHA. Tetiba rasa malu.


Lepas tu berderau jugak lah ingatkan dia pakai muka aku buat iklan produk sebab muka aku memang teruk time tu. Nak tahu teruk ke tak teruk, baca entry ni ah ya.

http://www.aswaleyla.com/2015/10/cara-hilangkan-sunburn-yang-teruk.html

Lepas tu aku cepat cepat buka facebook cek takut takut dia guna muka aku buat iklan produk. Sebab memang tanpa kebenaran. Alih alih tengok rupanya dia kongsikan pasal tips yang aku kongsi dekat blog ni. Okay lah, tengok dia ada kredit ke blog ni. Nasib baik lah kan.

Jadi aku maafkan lah, lega lah sikit. Tapi agak tak lega sebab takut kawan kawan aku yang lain jumpa, mati la aku kena bahan sampai 7 keturunan. Kalau nak kejar page view, boleh je aku nak share dekat facebook aku pulak, tapi fikirkan kawan kawan yang bakal kecam aku, ok tak jadi.

Ni silap aku jugak sebenarnya tak ambil peluang yang ada ni. Tapi aku malu laa nak share. Nanti kena kecam teruk ooo. Tak apa lah, tak ada rezeki lagi, in shaa Allah nanti ada rezeki dapat lah pageview ribu riban.

Untuk yang share tu, terima kasih banyak banyak. Lela tak marah pun. Cuma terkejut sikit sebab tak ada angin tak ada ribut tup tup gambar ada kat facebook. Mungkin sesetengah orang akan marah sebab memang macam salah kan. Tapi tak apa la, sebab awak kredit kan blog kita. Jadi kite paham lah. Tapi nanti nak ambil dekat blog orang lain, mintak dulu kebenaran. Sekurang kurangnya tulis dibahagian komen. Cakap nak share entry ni. In shaa Allah blogger ni baik baik semua. Tak marah pun.

You Might Also Like

5 comments

  1. Unni ingt pun akak nk marah da kat entry ni.. Nasib baik di kredit.. Rugi jgk x ambik pelung tu, tp kita percaya kpada rezeki xkma pun if memang milik kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe, tak de la nak marah. saje je nk buat tajuk meletop sikit. kalau cara dia elok, akak x marah aihh. hehehe

      Delete
  2. uish scary gak ye hehehe tapi okay la look at the bright side, boleh promote blog sis :D
    https://mellyacrayola.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah. betul2. tolong promote sikit blog yg sendu ni

      Delete
  3. nasib baik dia kredit..klu dia tak kredit, meh kak zati g serang dia...hihi

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net